Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, April 18, 2010

Ziarah Saudara(17 April 2010)



Assalamualaikum....

Alhamdulillah......selesai study group, dan jamuan sambutan hari kelahiran...program diteruskan dengan ziarah mahabbah...ziarah PSS&KRU pada kali ini dilakukan di Rumah Puan Ruzana bte Abdullah@Rowena Chin yang terletak di kampung Kivatu, Penampang, Sabah..Ziarah tersebut adalah hasrat Cikgu Jamil, bekas setiausaha Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Urusetia Sabah yang pernah menguruskan kes keluarga Puan Ruzana....seramai 8 orang team ziarah telah mengambil bahagian dalam ziarah pada kali ini, iaitu masing2 terdiri daripada, 5 orang adik mewakili KRUP, ana sendiri mewakili KRU KK, Saudara Nadir daripada badan PSS dan seorang pemandu arah yang juga merupakan seorang kenalan kepada Puan Ruzana sendiri dan orang lama Kampung Kivatu yang banyak membantu menghubungkan keluarga Afiq dengan pihak PUM(Persatuan Ulama' Malaysia) iaitu pakcik Hj.Ahmad...


Puan Ruzana telah memeluk agama Islam semenjak perkahwinannya bersama suaminya iaitu, Encik Jumaat B Hj Osman pada tahun 1996...hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang masing2 namanya ialah, Mohd Afig B Jumaat dan Nur Afieqa Bte Jumaat....kini Puan Rozana dan anak2nya tinggal bersama kedua orang tuanya yang masih beragama kristian di Kampung Kivatu, Penampang setelah beliau dicaraikan suaminya pada tahun 2002..disebabkan penceraian ini Puan Ruzana terpaksa berkorban demi untuk menguruskan anak2nya disebabkan sikap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab, yang mana beliau tidak pernah memberikan nafkah kepada Puan Ruzana semenjak penceraian mereka...
Pada tahun 2004, Puan Ruzana telah disahkan menghidap penyakit Giant Call tumor di kaki sebelah kirinya dan pada tahun yang sama juga kaki beliau terpaksa dipotong kerana tidak mampu lagi untuk diselamatkan. Pembedahan dilakukan di hospital Kuching, Sarawak


(Dari sebelah kiri:Puan Ruzana, Mohd Afig, Saudara Nadir.)

Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan telah ditempuhi Puan Ruzana, pegangannya terhadap agama yang suci ini tetap utuh....beliau juga ada menyuarakan isi hatinya kepada saudara Nadir tentang betapa beliau inginkan anaknya(Mohd Afig) pada bulan Ramadhan mampu pergi ke Masjid untuk melakukan solat sunat Tarawih secara berjamaah....beliau juga memberikan kebenaran kepada anak2nya untuk mengikuti program2 yang dianjurkan oleh pihak PSS, kerana beliau merasakan program2 yang dianjurkan PSS mampu memberikan manfaat kepada mereka....


Sebelum berangkat pulang, team ziarah mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan ikhlas daripada PSS yang diwakilkan oleh ana sendiri, Mohd Hannafi Muktah(KRU KK).
Dari kiri: Puan Ruzana Abdullah, Mohd Afig B Jumaat, Nur Afieqa Bte Jumaat, Mohad Hannafi Mohd Muktah.
(Sumbangan berupa keperluan asas seperti beras telah diserahkan kepada keluarga Puan Ruzana.)
(Nenek Afig yang sudah meningkat umur turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama2 ana...sambil memeluk tangan ana dia berkata " ini boy sudah jadi anak saya ni...anak bongsu saya..ehehehehe..ahahaha"....ana pun dengan senyuman yang agak manis berkata dalam hati, " ya Allah, ampunkan lah dosa hambamu ini, kuatkan Imanku dan cekalkan la hatiku dalam menempuh dugaanMu ini".....kata ustaz ana," tidak dikira dosa bersentuhan kulit dengan bukan muhrim yang da tuan, dimana jika kita melihatnya atau bersentuhan dengannya tidak menimbulkan nafsu syawat"..."alhamdulillah, nasib nenek ni termasuk dalam ciri2 pempuan yang dikatakan".....ehehe..)

(Adik2 daripada KRUP juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama abg Hannafi mereka yang tersayang..dari Kiri: Rahman, Hannafi, Fathil, Samier.)

(Tidak ketinggalan dua orang adik KRUP, Herman dan Rizal, bergambar dengan gayanya sebelum menaiki kenderaan dan dihantar balik....(diaorang ni btl2 nk ziarah ka tau nk suka2 cam jalan2 kat bandar....)

Kami team ziarah dan Keluarga PSS-KRU mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada Puan Ruzana dan sekeluarga..semoga Iman dan takwa mereka bertambah dan hidayah Allah sentiasa kunjung tiba dihati mereka..begitu juga kepada kedua orang tuanya yang telah lanjut usia..kepada suaminya, moga Allah membuka pintu hatinya agar bertaubat diatas kesilapan yang telah dilakukan dan menjalankan kewajipannya memberikan nafkah kepada Puan Ruzana dan anak2nya...
Sekian..wassalam..

No comments:

Post a Comment