Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Monday, May 17, 2010

Qiam PERPIS 2010




Pada tarikh 7 dan 8 Mei baru2 ini, Persatuan Pelajar Islam Sekolah(PERPIS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Tobobon dengan jayanya telah melaksanakan program qiamullail yang pertama kalinya untuk tahun 2010 ini dengan bertemakan kepimpinan..Seramai 26 orang pelajar muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian dalam program ini, yang mana mereka ini terdiri daripada pimpinan2 institusi kepimpinan sekolah seperti, Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Ketua/ Penolong Ketua Kelas dan juga saf Pimpinan PERPIS sesi 2010/2011...
Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta muslimin dan muslimat yang dilakukan selepas Solat Fardhu Asar..Selesai melakukan solat Fardhu Maghrib, aktiviti diteruskan dengan majlis Tahlil yang diimamkan oleh Ustaz Ezri
"MAJLIS TAHLIL"
...Alhamdulillah Allah mengizinkan lagi program dilaksanakan dengan aktiviti Kuliah dasar yang disampaikan Oleh Ustaz Ezri yang bertajuk " Jawatan Sebagai Amanah "

" KULIAH DASAR BERSAMA USTAZ EZRI"

...Selesai Kuliah dasar, aktiviti diteruskan dengan sesi muhasabah yang bertajuk " Siapa aku? " yang telah disampaikan oleh Saudara Amin yang dijemput khas daripada badan Persatuan Siswazah Sabah..
Pada keesokan harinya(8 Mei 2010) aktiviti dimulakan dengan berqiamullail dan solat Fardhu Subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Uztaz Ezri

"GELAGAT ADIK2 YANG LIAT NAK BANGUN PAGI..:)"

...kemudian aktiviti diteruskan dengan aktiviti riadah pagi yang diketuai oleh saudara Hannafi Muktah...
"RIADAH PAGI PESERTA MUSLIMIN"

Allah masih juga memberikan keizinan-NYA dengan memberikan peluang untuk program terus berjalan lancar dengan penyampaian Kuliah Dasar ke-2 yang juga disampaikan oleh salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah, iaitu Saudara Fezri
....selesai Kuliah, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan secara santai dilakukan antara Fasilitator dan para peserta..

"
LDK ANTARA FASI DAN PESERTA"

Program berakhir dengan acara penutupan yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah, Mr Loh Kok Cheang...sebelum bersurai, para peserta dan ajk bekerjasama membersihkan tapak program dan satu majlis lambaian Ukhuwah diadakan............

"Semoga terdapat kebaikannya yang mampu diperoleh oleh para peserta mahupun AJK melalui program ini, mohon maaf sekiranya terdapat kecatatan, kekurangannya dalam program yang pertama ini..Buat sahabat AJK, terima kasih diatas kerjasama antum, ana amat terharu dan berterima kasih diatas segala yang telah antum berikan pada program kali ini..hanya Allah sahaja lah yang mampu membalasnya..ana doakan semoga jalinan ukhuwah yang kita bina selama ini kekal hingga keakhirnya, moga Allah ampunkan segala dosa yang kita telah lakukan selama ini, dan moga dengan sedikit sumbangan yang kita berikan ini mendapat ganjaran pahala disisi-NYA..aminn...jaga lah HATI, IMAN DAN JAGALAH ISLAM YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI INI....WALLAH HUALAM.........WASSALAM...


"LOGO RASMI PERPIS SMK TOBOBON"

Tuesday, May 11, 2010

Jalan-Jalan




hari khamis yang lalu, senior2 yang baru balik daripada Kolej Matrikulasi Labuan(KML) bawak jalan2....malam khamis hari rabu tu abg Amin tetiba bg mesej..bawak jalan p Muzium...YEAH!!..gumbiranya sia kana bawa jalan.....
Esoknya, pukul 9 pagi lagi aku da bersiap2..lagipun menurut mesej yang abg Amin hantar semalam, dia dan kekawan yang lain akan ambik dalam pukul 10.30 pagi...so kena la siap awal kan...........
Jam 10.30, abg Amin mesej, katanya durang lambat ckit...so aku pun releks2 la dulu...dalam releks2 tu, kawan aku plak mesej, Razli Abd Rahim, dia suruh aku tukar siaran television ke Astro Animal Planet....naaaaaaaaa....rupa2nya ada siaran pasal panda...fuuhhh, punya la aku kesiukan, PANDA tuuuuuu...!!!!....binatang kegemaran, kalau la aku da seekor tu, alangkah bahagianya di hati.....Aku tngok crita tu sampai tetido...ZZZZZZZ.....tetiba nfon berbunyi, abg2 da sampai, durang tunggu depan surau...aku pun bergegas la ke sana...

Kami dalam lima orang, 3 orang abg KML dan aku & shahfieq...first stop kami ialah ke Masjid Bandaraya, pasal time tu da masuk waktu Fardhu Zohor..
..Lepas ja menunaikan solat Zohor, kami pun pergi la menjamah nasi ayam di gerai yang namanya Gerai "NASI AYAM EMBA'", lokasi gerai ni kat Kampung Likas...Gerai makan ni simple ja, tapi, full ja dengan pelanggan..aku memang da biasa makan kat tempat ni..tp yang lain sumanya mengaku baru Pertama kali..............
(Cam ni la kira2nya rupa bentuk nasi ayam tu..)

Lepas kenyang...langkah pun diatur,dengan penuh bergaya, kami pun bergerak menuju ke destinasi utama kami pada hari tersebut, iaitu, ke Muzium.....ehehehehehe...mula2 kitaorang ke Muzium Tamadun Islam..sampai ja kat sana, timbul satu persoalan "ada bayar ka ni atau masuk free????"...kami saling berpandangan...ketua rombongan, Abg Amin membuat keputusan dengan selembanya berkata "masuk ja dulu"...Allah, seperti yang kami jangkakan, rupanya bayar plak...huhuhuhu..RM2 sorang...fikir punya fikir, kami tak jadi masuk, sekadar tengok dari luar jer....huhuhuhu..tapi, kami tak pulang dengan tangan kosong..sempat jugak kami bergambar kat sana.........



(Ni la gambar yang sempat ditangkap tuk mengelakkan kami gantung pasal tak dapat masuk dalam Muzium Tamadun Islam tu...tapi tuk sedikit komen, kemudahan yang disediakan contoh tempat meletak kenderaan tidak disediakan ni...adeh, lemahnya pengurusan...macam la orang nak semangat nak pegi sana tu..)

Selepas mengalami beberapa babak yang mengecewakan, nasib kami sangat baik sesampainya kami di Muzium Sabah..begini ceritanya, sebenarnya kalau nak masuk dalam muzium tu, kena bayar, RM2 seorang...tapi Maha pemurahnya Allah, kami dapat masuk free ja....YYYEEEPPPPIIIIIII!!!!!...tapi dengan syarat kami tak boleh ambil gambar, huhuhuhu..tapi tkpa la, asal dapat masuk bah kan...kami tak dapat nak snap foto dalam tu, tapi kat luar Muzium, kami tak lepaskan peluang...selanjutnya, biar gambar yang berbicara.....




Hari yang memenatkan..walau apapun, syukur Alhamdulillah..Allah telah pertemukan kami pada hari tu dengan banyak kenangan manis dan tawar yang tercipta...InsyaAlllah tidak akan ku lupakan kenangan yang manis itu...moga Allah, kekalkan kemesraan dan eratkan jalinan Ukhuwah diantara kami mantapkan Iman dan pegangan kami Pada agama-NYA..amin......wassalam....

Wednesday, May 5, 2010

Pasar Ria SMP 2010







pada tanggal 1 Mei 2010 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Perempuan Likas, telah diadakan satu aktiviti tahunan sekolah, iaitu PASAR RIA SMP...Team Kelab Remaja Ukhuwah tidak melepas kan pluang untuk menyertai aktiviti sekolah tersebut, dimana satu gerai khas telah disewa untuk membolehkan team KRU menjual barangan2 seperti, lencana khas KRU, Dadih Brothers(PSS) dan bermacam2 lagi barangan...

10 orang ahli telah turun padang bagi menjayakan gerai KRU..segala tenaga, usaha dan fokus telah diberikan untuk memastikan barangan laris dijual...alhamdulillah segala penat lelah terbayar dengan hasil yang diperoleh....kemahiran team KRU dalam urusan jual beli, mempromosi barangan dapat dilihat pada hari tu...pendek kata, meriah la...(bayangkan keadaan masa kita membeli ikan di pasar...ehehehehehehe..begitu la lagaknya abg2 dan kakak2 kru kita hari tu...tidak lupa jugak diri penulis..)
........
............
GERAI KRU..



Saufi & Hannafi


(Gelagat Abg2 dan kakak2 KRU)

(Dari kiri:Zainald, Shahfieq, Azmir zainuddin, Azrin Adam, Hannafi, Satriani, Nursuhaila, Rusneyni, saufi...(Irawan-tiada di dalam gambar))

(SEBELUM.........AWAL PEMBUKAAN GERAI..EHEHEHEHE)

(SELEPAS....ALHAMDULILLAH...)

Keadaan sewaktu program..........






Antara permandangan menarik yang terdapat di SMP....



Alhamdulillah....tahniah diucapkan kepada Team KRU diatas kejayaan anda...sambil berniaga, sambil kita menyampaikan Islam....moga Allah memberkati kita diatas apa yang telah kita usahakan..dan mengampunkan dosa kita diatas dosa2 yang telah kita lakukan...yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada kelemahan diri yang menulis....selamat membaca dan moga anda diberkati Allah.....wassalam....

Tuesday, May 4, 2010

Majlis Anugerah Kualiti (MAQ)



assalamulaikum...

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah tuhan yang menguasai segala yang ada dilangit dan dibumi, dan dia jugalah yang mengusai di hari pembalasan kelak....MAQ telah dadakan pada tanggal 29 April 2010 bertempat di dewan IKM,Sepanggar....aku dan beberapa sahabat daripada tingkatan 5 tahun 2009 telah dijemput untuk menerima pelbagai anugerah..aku telah memperolehi anugerah Ketua Pelajar SMK Tobobon 2009.....

5 tahun aku menuntut di SMK Tobobon, sekolah ni telah banyak meninggal seribu satu kenangan di dalam diriku yang manis mahupun yang pahit....segala ilmu yang berharga talah aku dapatkan disekolah ini....yang pastinya kenangan yang telah aku dapatkan disekolah ini tidak akan aku lupakan dan akan aku kenang sampai bila2..di sekolah ini jugaklah aku menemukan seorang insan yang banyak mendidik dan membawaku untuk mengenali agama ku sendiri yakni ISLAM...kiranya, tanpa Allah mengirimkan insan ini dalam hidupku, aku masih Mohd Hannafi yang dulu, jahil terhadap agamanya sendiri...insan tersebut ialah Ustaz Abdullah Din......


beliau banyak membawa ku mengikuti program2 Islamik yang banyak mengajarkanku dan memberikan aku kefahaman tentang Islam....bersyukur ya Allah aku diatas kurniaanmu ini...tika diri ini mencari2 jalan kebahagiaan, Engkau tunjukkan aku jalan dan memberikan aku seorang insan yang benar2 memberikan kesan yang mendalam ke atas diriku........

sedikit tentang apa yang telah hamba jalani di sekolah tercinta, kembali kepada MAQ, tanpa membuang masa aku biarkan gambar yang berbicara tentang keadaan sewaktu MAQ.....

Bersama sahabat2 yang turut menerima anugerah......






aku mencintai dan menyayangi mu sahabat.....ku doakan agar ikatan kekeluargaan yang telah kita jalin sewaktu bersama2 menjadi ahli keluarga SMK Tobobon kekal hingga ke ahirnya....moga kejayaan berada dipihak kita...
pesanan buat diri dan para sahabat sekalian, siapa pun kita selepas ini, tidak kira menjadi guru, doktor atau sebagainya, jangan pernah AGAMA, JASA IBU DAN BAPA, JASA GURU KITA LUPAKAN.....berjaya selepas ini kita cuba untuk memberikan sumbangan kepada sekolah...insyaAllah.....(kepada yang berada didalam gambar mahupun yang tiada)

Gambar Bersama guru(Sayang tak dapat bergambar bersama semuanya sekali....:(...)












Sesungguhnya jasamu tidak akan kulupankan wahai guruku....anakmu mendoakan kepada sang Pencipta semoga mengampunimu, memberkatimu dan memeliharamu dunia dan akhirat....
segala ilmu yang telah engkau curahkan kepadaku, akan kupergunakan sebaik mungkin untuk menjadi insan yang berjaya, berguna buat Agama, keluarga, bangsa dan negara...doakan kejayaan anak2mu wahai guru yang tercinta....aku mencintaimu dan menyayangimu wahai guru....buat warga SMK Tobobon dan SK Tobobon, terima kasih diatas segala2nya......................

Tahun Berada di sekolah:
SK Tobobon(1999-2004)


SMK Tobobon(2005-2009)
sentiasa dalam kenangan...

Kolej Matrikulasi Labuan(2010-2012-Program Dua Tahun Modul Satu)

Wassalam.......