Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Friday, June 18, 2010

KEM REMAJA ISLAM-KRIS KK 2010





Alhamdulillah, tiada kata yang lebih berhak dan layak untuk dilafazkan atau diungkap melainkan ucapan syukur ke hadrat ilahi diatas limpahan kasih sayangNYA kepada kita makhluk merangkap hambaNYA di dunia yang indah ini. 12-14 Jun, inilah tarikh keramat bagi seramai 133 orang hamba Allah kerana telah dipilih-NYA untuk mengambil bahagian dalam satu aktiviti yang mampu membawa mereka dekat dengan Sang Pencipta. Program ini mengambil masa selama 3 hari dua malam, walaupun dilihat jangka waktu masanya sangat pendek, tetapi Alhamdulillah, kesan yang dilihat daripada 133 orang hamba itu tadi sangat-sangat mengembirakan hati seramai 61 orang hamba Allah yang telah dipilih-Nya untuk menjadi AJK program untuk kali ini.
Penat lelah dan segala pengorbanan yang telah ditaburkan tidak terasa dengan positif feed back yang telah diterima sepanjang berjalan sehingga berakhirnya program. Begitu lah sifat Sang Pencipta yang Maha pemurah dan pengasih, telah dipermudahkan perjalanan program KRIS KK 2010 pada kali ini yang bertempat di Masjid UMS KK.

"MASJID UMS-MENJADI PILIHAN AJK KRIS PADA TAHUN INI UNTUK DIJADIKAN TAPAK PROGRAM"

Pada malam kedua program, seorang daripada 133 peserta telah dibawa ke hospital Likas untuk mendapatkan rawatan dibahagian ibu jari sebelah kirinya disebabkan jangkitan.

"ADIK AFIQ YANG MENGALAMI JANGKITAN TERPAKSA MELAKUKAN PEMBEDAHAN KECIL UNTUK MEMBUANG NANAH YANG BERADA DI IBU JARINYA"

"PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT JANGKITAN YANG BERADA DI IBU JARI TANGAN AFIQ"

[P/S: ALHAMDULILLAH JANGKITAN TERSEBUT TIDAKLAH SETERUK yang kalian bayangkan..eheheheh... PEMBEDAHAN YANG DIJALANKAN ADALAH UNTUK MEMBUANG NANAH YANG BERADA DIJARI AFIQ..(SEBENARNYA POTONG KUKU JA PUN, TP GUNA "PEMBEDAHAN" NAMPAK LAWA cikit..EEHEHEHEHEHEHEHEHE)]


Pelbagai aktiviti telah direncanakan untuk para peserta, antaranya: Kuliah dasar yang terbahagi kepada 3 bahagian [1. Kecelaruan Aqidah Pemusnah Agama (Ustaz Norzam Senin), 2. Suluhan Ibadah (Ustazah Khairiah), 3. Kami cinta Rasulullah S.A.W (Ustaz Khairul Fitri)], tidak lupa juga aktiviti talk show yang bertajuk HALAWATUL ISLAM (KEMANISAN ISLAM), dan aktiviti kemuncaknya, iaitu EXPLORACE.
Program berakhir dengan aktiviti Lambaian Ukhuwah. walaupun berat, sedih dan pilu dirasakan oleh semua orang, namun perlu diingatkan bahawa setiap pertemuan pasti ada waktunya perpisahan itu berlaku..tp ingatlah, walaupun kita jauh dimata dan jarak memisahkan kita, tetapi, ikatan persaudaraan seagama itu tetap erat dan utuh ikatannya...InsyaAllah dengan izin-NYA pertemuan itu pasti akan menjelma kembali...Wallahualam.......



Berikut Merupakan Panorama Semasa Berlangsungnya Program.....
PANDANGAN HADAPAN..........
.....JENG, JENG, JENG.....
PANDANGAN BELAKANG...EHEHEHEHE...BALTUKAL...!

UUIIISSSSHHH!!!,,,MAYAT SEPA NI....

...UKHUWAH ITU SANGAT INDAH.....

VIDEO RASMI KRISS KK 2010....SAKSIKANLAH.....

made by: Aiman Osman, Azmeer Zainuddin, Saufi Afdol, Salman.


Itu sahaja dari ana sang penulis...yg kurang mohon dimaafkan, yang lebih2 baiknya itu ucapkanlah 'ALHAMDULILLAH'.........sehingga bertemu di lain episod...wassalam....

No comments:

Post a Comment