Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, February 12, 2012

Burung Kau..!!!!!




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan buat Sang Pencipta yang sehingga kini masih memberikan nikmat Iman dan Islam, satu-satunya harta yang paling bernilai dimuka bumi ini, mudah-mudahan kekal sehingga hamba datang memenuhi panggilanMU kelak. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Bin Abdullah, seorang manusia yang luar biasa kekuatan auranya, daya kepimpinannya, semangat juangnya sehinggakan roh perjuangan menegakkan kalimah “Laillaha illallah” masih diteruskan walaupun Baginda telah meninggalkan kita lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Berbekalkan kata-kata semangat yang pernah diucapkan Baginda yang berbunyi “Demi Allah, andaikan mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, aku tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau membinasakan orang lain”, perjuangan ini masih diteruskan walau banyak rintangan dan cabaran melanda. Kerana keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan ini merupakan sumber kebahagiaan, keadilan dan kebaikan yang hakiki (Badi’uzzaman Said Nursi k.h).

Allah berfirman “ Mereka ingin memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan CahayaNYA meskipun orang-orang kafir membencinya “(surah As-Saff:8). Itulah reality yang berlaku dizaman ini, bermacam-macam cara dan metod dilakukan para kufar untuk cuba melenyapkan agama Allah ini di muka buminya ini dari hati manusia. Dadah, muzik yang dari tahun ke tahun bertukar-tukar genre, hiburan yang melampau, movie yang semakin lama semakin longgar peraturannya sehinggakan cerita-cerita yang mengandungi adegan seks diluluskan dan dipertayangkan kepada umum. Inilah antara metod dan taktik-taktik para pembenci agama Allah untuk membuatkan kita lupa akan ajaran agama yang sebenarnya dan meruntuhkan AQIDAH kita sebagai muslim. Sedar atau tidak, perangcangan ini telah dipertontonkan kepada kita secara terang-terangan melalui tayangan filem, dan yang paling jelas sekali ialah melalui permainan maya. Kalian pasti pernah mendengar dan bermain dengan permainan maya “ANGRY BIRD”. Permainan ini dalam pemerhatian saya mempunyai maksud yang mendalam terhadap gerakan-gerakan ini, dan selama ini telah banyak artikel-artikel yang telah ditulis berkenaan dengan game ini. Dan ini merupakan pandangan saya secara peribadi terhadap permainan maya tersebut.



Game ini dihasilkan oleh orang bukan Islam (Syarikat Finland yang bernama Rovio Mobile), dan seperti yang kita sedia maklum berkenaan orang bukan Islam ialah, merekai tidak akan redha sehingga kita mengikut agama mereka dan keluar dari agama Allah yakni Islam (Al-Bakarah:120). Dan sesungguhnya telah banyak taktik dan perancangan yang telah dibuat untuk merealisasikan impian ini. Dan telah banyak petunjuk-petunjuk yang jelas memberikan kita gambaran bagaimana mereka akan melakukannya, tetapi disebabkan kejayaan mereka mengaburi dan menutupi mata kita dengan hal keduniaan yang melalaikan kita boleh bersikap acuh tak acuh dalam hal ini.

Didalam agama nasrani, gambar burung yang terdapat pada gambar tuhan mereka adalah bentuk yang digambarkan sebagai ROH KUDUS (Salah satu elemen dalam teori tuhan “3 in 1” dalam ajaran agama Nasrani). Dan didalam agama yahudi pula, mengajarkan kepada penganutnya bahawa manusia lain dimuka bumi ini selain mereka adalah binatang. Dan didalam konteks permainan ini figure ‘Babi’ digambarkan sebagai Muslim. Warna hijau yang dikenakan pada babi didalam game tersebut bukanlah satu kebetulan kerana warna tersebut ada disebutkan didalam al Quran (Surah Ar Rahman:64 ; Yusuf: 43&46; Al Hajj: 63). Figure babi yang digunakan itu juga bermaksud untuk menyampaikan mesej ringkas bahawa mereka menginginkan agama Islam dan penganutnya menjadi hina dina seperti babi. Pelbagai warna yang dikena pada burung itu pula digambarkan sebagai metodologi mereka bagi menjatuhkan AQIDAH muslim. Iaitu dadah, hiburan yang malampau dan sebagainya. Kecil, menarik, comel tetapi sangat membinasakan sehinggakan benteng kayu dan batu (digambarkan sebagai AQIDAH umat Islam) yang kukuh sekalipun mampu diruntuhkan dan sekaligus membinasakan si babi tadi. Dan burung-burung yang dihasilkan juga mempunyai ‘power’ tersendiri. Berikut merupakan perbahasan mengikut pandangan saya…..



Red Bird: Senjata terawal yang muncul dan merupakan maskot utama bagi game ini. Ia tidak memiliki apa-apa keupayaan istimewa tetapi hentakannya awal yang dilakukan burung ini mampu meretakkan benteng kayu dan batu yang melindungi Babi-babi yang berlindung didalamnya dansekaligus menjadikan mudah bagi burung-burung yang lain menghancurkan benteng tadi. Diibaratkann dengan dadah/tembakau/arak yang diberikan kepada Negara-negara Islam, kesannya lambat dan memakan masa, tetapi kesan yang perlahan itu menjadikan kita sangat lemah dan akhirnya sangat mudah untuk terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negative lain kerana ia menganggu akal kita.

Blue Bird: mampu berpecah kepada 3. Merujuk kepada genre-genre hiburan yang pelbagai pada zaman ini, video-video pornografi, movie yang mem
punyai adegan pornografi yang melampau yang bersifat meruntuhkan nilai moral. Kepelbagaian yang membawa kepadanya karakter-karakter yang berbeza dari setiap genre ke genre yang lain, memberikan impak kepada remaja didunia ini terutama kepada remaja Muslim dari sudut karakter, pamakaian, cara percakapan, akhalak dan lain-lain.

Yellow Bird: memiliki kepantasan super. Merujuk kepada pahaman-pahaman serong yang pelbagai yang dengan pantas tersebar pada zaman ini. Sebagai contoh pahaman Darwinisme, dan sebagainya. Tak logik diaakal tetapi menerimaannya bagi masyarakat sangat pantas.

Black Bird: Kemampuannya untuk meletup dan memberikan impak yang besar. Diibaratkan sebagai musuh dalam selimut, iaitu orang yang menzahirkan keimanan dimulut tetapi dihatinya sangat membenci akan agama Islam (Orang munafik). Contoh Mustafa Kamal, Faisal Sharif Husain..banyak lagi kalau nak disebutkan.

White Bird: Mampu mengeluarkan bom telur. Telur. Digambarkan dengan pengusaaan pihak kafir terhadap sektor pemakanan dunia. Makanan-makanan yang disalurkan dan yang diedarkan kepada Negara muslim merupakan makanan-makanan yang kotor, diragui kehalalannya, dan mengandungi seribu satu macam bahan yang boleh merosakkan badan.

Boomerang Bird: Burung ni kalau ditembak, jika tersasar sepertimana fungsi boomerang yang mampu berpatah balik ia boleh berpatah balik untuk menyerang semula. Diibaratkan, orang-orang yang mempunyai ilmu terhadap agama Islam, tetapi disebabkan oleh kepentingan-kepentingan tertentu dan atas misi-misi tertentu, ilmu tadi digunakan semula untuk memerangi dan meruntuhkan Islam. “Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk (Al Bakarah: 16)”

Big Brother Bird: Memiliki tubuh besar. Diibaratkan seperti system pemerintahan yang diwujudkan golongan kufar untuk menguasai dunia. Walaupun dilihat perlaksanaannya berbeza dari setiap Negara, tetapi ia berasal daripada satu idea supaya kekuasaan dunia dipegang oleh orang-orang kufar mahupun golongan yang bertopengkan Islam tetapi mempunyai idea yang sama seperti “mereka” iaitu untuk melenyapkan agama Allah dari muka bumi ini (As Saff:8)".

Mighty Eagle: Raja kepada burung-burung diatas, merupakan mastermind kepada apa yang telah dibahaskan diatas. Untuk itu saya sarankan parapembaca untuk mengkaji sendiri siapakan yang saya maksudkan untuk memegang karakter mighty Eagle ini…jeng..jeng…jeng…


Berikut merupakan huraian satiap satu karakter yang wujud pada game Burung marah mengikut pandangan saya. Telah banyak artikel ditulis menghuraikan berkenaan mesej tersirat disebalik game ini, Cuma berbeza dari segi pembawaannya dan gaya penceritaannya. Ada yang melihat dari sudut negatif, dan ada dari sudut positif, dan dari diri saya sendiri, saya melihat game ini dari sudut agama dengan diselitkan pengetahuan-pengetahuan am mengenai 3 agama iaitu Islam, Nasrani dan Yahudi. Segala kekurangan, itu datang dari kelemahan diri saya dan yang baik-baik itu datang daripada Allah. Mudah-mudahan penulisan ini mampu membuka minda para pembaca untuk mengkaji tiap sesuatu perkara yang muncul sama ada dari sektor permainan maya, hiburan dan sebagainya. Tip mudah, kalau sesuatu produk baru, kepopularitiannya meningkat dengan sekelip mata. Pasti ada mesej tersirat yang ada pada produk-produk tersebut. Selamat mengkaji dan meningkat rasa sayang anda pada agama yang diredhai Allah ini ”Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah HANYALAH ISLAM (Ali Imran:19)”. wallahualam