Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, April 18, 2010

Ziarah Saudara(17 April 2010)



Assalamualaikum....

Alhamdulillah......selesai study group, dan jamuan sambutan hari kelahiran...program diteruskan dengan ziarah mahabbah...ziarah PSS&KRU pada kali ini dilakukan di Rumah Puan Ruzana bte Abdullah@Rowena Chin yang terletak di kampung Kivatu, Penampang, Sabah..Ziarah tersebut adalah hasrat Cikgu Jamil, bekas setiausaha Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Urusetia Sabah yang pernah menguruskan kes keluarga Puan Ruzana....seramai 8 orang team ziarah telah mengambil bahagian dalam ziarah pada kali ini, iaitu masing2 terdiri daripada, 5 orang adik mewakili KRUP, ana sendiri mewakili KRU KK, Saudara Nadir daripada badan PSS dan seorang pemandu arah yang juga merupakan seorang kenalan kepada Puan Ruzana sendiri dan orang lama Kampung Kivatu yang banyak membantu menghubungkan keluarga Afiq dengan pihak PUM(Persatuan Ulama' Malaysia) iaitu pakcik Hj.Ahmad...


Puan Ruzana telah memeluk agama Islam semenjak perkahwinannya bersama suaminya iaitu, Encik Jumaat B Hj Osman pada tahun 1996...hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang masing2 namanya ialah, Mohd Afig B Jumaat dan Nur Afieqa Bte Jumaat....kini Puan Rozana dan anak2nya tinggal bersama kedua orang tuanya yang masih beragama kristian di Kampung Kivatu, Penampang setelah beliau dicaraikan suaminya pada tahun 2002..disebabkan penceraian ini Puan Ruzana terpaksa berkorban demi untuk menguruskan anak2nya disebabkan sikap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab, yang mana beliau tidak pernah memberikan nafkah kepada Puan Ruzana semenjak penceraian mereka...
Pada tahun 2004, Puan Ruzana telah disahkan menghidap penyakit Giant Call tumor di kaki sebelah kirinya dan pada tahun yang sama juga kaki beliau terpaksa dipotong kerana tidak mampu lagi untuk diselamatkan. Pembedahan dilakukan di hospital Kuching, Sarawak


(Dari sebelah kiri:Puan Ruzana, Mohd Afig, Saudara Nadir.)

Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan telah ditempuhi Puan Ruzana, pegangannya terhadap agama yang suci ini tetap utuh....beliau juga ada menyuarakan isi hatinya kepada saudara Nadir tentang betapa beliau inginkan anaknya(Mohd Afig) pada bulan Ramadhan mampu pergi ke Masjid untuk melakukan solat sunat Tarawih secara berjamaah....beliau juga memberikan kebenaran kepada anak2nya untuk mengikuti program2 yang dianjurkan oleh pihak PSS, kerana beliau merasakan program2 yang dianjurkan PSS mampu memberikan manfaat kepada mereka....


Sebelum berangkat pulang, team ziarah mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan ikhlas daripada PSS yang diwakilkan oleh ana sendiri, Mohd Hannafi Muktah(KRU KK).
Dari kiri: Puan Ruzana Abdullah, Mohd Afig B Jumaat, Nur Afieqa Bte Jumaat, Mohad Hannafi Mohd Muktah.
(Sumbangan berupa keperluan asas seperti beras telah diserahkan kepada keluarga Puan Ruzana.)
(Nenek Afig yang sudah meningkat umur turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama2 ana...sambil memeluk tangan ana dia berkata " ini boy sudah jadi anak saya ni...anak bongsu saya..ehehehehe..ahahaha"....ana pun dengan senyuman yang agak manis berkata dalam hati, " ya Allah, ampunkan lah dosa hambamu ini, kuatkan Imanku dan cekalkan la hatiku dalam menempuh dugaanMu ini".....kata ustaz ana," tidak dikira dosa bersentuhan kulit dengan bukan muhrim yang da tuan, dimana jika kita melihatnya atau bersentuhan dengannya tidak menimbulkan nafsu syawat"..."alhamdulillah, nasib nenek ni termasuk dalam ciri2 pempuan yang dikatakan".....ehehe..)

(Adik2 daripada KRUP juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama abg Hannafi mereka yang tersayang..dari Kiri: Rahman, Hannafi, Fathil, Samier.)

(Tidak ketinggalan dua orang adik KRUP, Herman dan Rizal, bergambar dengan gayanya sebelum menaiki kenderaan dan dihantar balik....(diaorang ni btl2 nk ziarah ka tau nk suka2 cam jalan2 kat bandar....)

Kami team ziarah dan Keluarga PSS-KRU mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada Puan Ruzana dan sekeluarga..semoga Iman dan takwa mereka bertambah dan hidayah Allah sentiasa kunjung tiba dihati mereka..begitu juga kepada kedua orang tuanya yang telah lanjut usia..kepada suaminya, moga Allah membuka pintu hatinya agar bertaubat diatas kesilapan yang telah dilakukan dan menjalankan kewajipannya memberikan nafkah kepada Puan Ruzana dan anak2nya...
Sekian..wassalam..

Sambutan Hari Lahir KRUP(17 April 2010)



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, selesai program study group PSS-KRUP dan solat Zohor berjamaah...Saudara Nadir dengan senang hatinya (Syukurnya kami, sampai kak Farah pun kata: brtul kee??...bah rezeki jangan ditolak...) membawa kami seramai 18 orang untuk menjamu selera di sebuah restoran yang diberi nama "Restoran Mazuin"...adik2 menerangkan bahawa restoran ni merupakan restoran rasmi KRUP dan menu yang menjadi kegemaran adik2 KRUP ialah 'NASI AYAM YANG AGAK SPECIAL'.....

(OOPPPPSSS..)

tujuan penulis bukanlah untuk menjeleskan sesiapa, tetapi adalah diatas kelemahan diri penulis sendiri...ceritanya begini: semasa menunggu order sampai tu, ada lah niat nak gambar nasi ayam tu, macam mana rupanya, dan susun atur makanannya...tapi.....selepas menunya sampai, dan selepas Saudara Nadir selesai membacakan doa makan, secara automatiknya diri ini terlupa akan niatnya yang tadi..huhuhu...sedap ja makan kan..habis ja makan, zuuuuppp!!!...terus teringat..ALLAH!!..gambar..tapi apa kan daya..suma pinggan da habis licin disapu......tp alhamdulillah, adega makan sempat diambil gambarnya oleh saudara Nadir kita.....ehehehehe...

Adik Ali kita makan dengan penuh seleranya...(kesian aku nengoknya..huhuhuhu..)

kegembiraan dapat dilihat diwajah adik2 kita semasa menjamah makan daripada sebelumnya yang monyok tk tentu pasal...contoh boleh dilihat dibawah ini..ehehehe..jeng3....


SEBELUM
DAN
SELEPAS



selepas selesai menjamah 'NASI AYAM YANG AGAK SPECIAL'..sesi gambar menggambar pun bermula..........



dan selepas itu sesi pemotongan kek pun dimulakan......yang hari jadi pada hari tu 17april 2010 adalah adik Zianna kita dan kak Syuhadah(tidak hadir)...so biarkan gambar berbicara.....


ADK ZIANNA MEMOTONG KEK YANG KHAS DIBELI BUATNYA...

Kesedapan Kek yang teramat............(Pehhhh!!...sampai pipi skali ikut merasa..)

SEBELUM

SELEPAS

...
...
.......
Moga Allah memberkati kita, mengekalkan ikatan Ukhuwah diantara kita dan moga KRUP terus bertahan di bumi Penampang, sehinggalah agama Allah menjadi anutan majoriti masyarakat di sana....aaammiinnn...

Saturday, April 17, 2010

Study Group PSS-KRU Penampang



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ucapan syukur ke hadrat Allah diatas kelancaran perjalanan program study group PSS-KRUP yang bertempat di Perpustakaan Penampang, Sabah yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada sebelah tengah harinya....Abg Asraf, Fadlan dan Nadir telah turun padang untuk memberikan tunjuk ajar kepada adik2 KRUP...Kak Faridah, Farah, Hidayah, Rohana, Fauziah, Zuraini, Syaieida jugak tidak melepaskan peluang untuk turut mengambil bahagian dalam program siuk ni....turut mengambil bahagian sebagai tenaga pengajar ialah saudara Mohd Hannafi daripada KRU KK dan saudara Amirudin Drus dan juga beberapa ajk dari KRU Tuaran..





8 orang adik2 KRUP telah mengambil bahagian dalam program study group ni..jumlahnya nampak sikit, tapi semangat yang ditunjukkan oleh diorang ni, kira ok la juga....walaupun ada kalanya diorang ni kekadang nyakitkan hati siket..tp Alhamdulillah, setiap soalan yang diberikan mampu dijawab dengan sekali penerangan ja(Pujian patut diberikan kepada tenaga pengajar la yang telah bersusah payah memberikan penerangan kat adik2 ni, walaupun kadang2 diaorang ni, syok kita bagi penerang, dia lalai dok melayan lagu dalam telepon..aku tepak kang jugak budak2 ni)....
Tapi alhamdulillah, disebabkan semangat adik ali kita..lepas kena sound oleh seorang abg kita, dia terus mematikan HandPhonenya.......menunjukkan bahawa ilmu itu lebih dipentingkan daripada melayan telefon yang melalaikan.....Alhamdulillah..kami doakan adik Ali berjaya dalam peperiksaan PMR yang bakal didudukinya pada tahun ni...

adik muslimah kita yang kusyuk mendengarkan penerangan daripada kak Hidayah kita......


Adik Herman kusyuk membaca buku sainsnya......adik kita ini mempunyai daya pemahaman yang sangat baik, Alhamdulillah, sekali penjelasan, beliau mampu menjawab dengan baik soalan yang diberikan...(Subjek math plak tuhh...wuuiiiihhhhhh!!....)

(Korang rasa si herman ni serius ka tau saja jer..mmmmm....kitaorang kat sana ja tau tu....)
..sebagai wakil tenaga pengajar, kami mendoakan semoga mereka semua berjaya dan lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan PMR&SPM yang bakal menjelang....



: Kegigihan tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar kepada adik2 KRUP..
Sabda Rasulullah S.A.W: Barang siapa yang Menyembunyikan Ilmunya, maka tempatnya di akhirat kelak adalah di Neraka(Ahmad)....renung2kan dan selamat beramal....

Selamat Pagi Sabah



Assalamualaikum & selamat pagi kepada para pembaca sekalian.....

alhamdulillah hari ni Allah masih memberikan kepada diri yang menulis untuk terus menulis.....tuk hari ni tkda la nk tulis panjang sangat...just nk share apa yang ana dapat daripada kuliah subuh tadi pagi kat surau jer.....tp sebelum tu ana nk crita ckit la perjalanan ana dari mula tido sampai la terbangun daripada tido.....

Semalam sebelum tido, kite mandi dlu(pasal rasa tk berapa selesa), dan alhamdulillah, selepas mandi tu, selesa da balik...trus la membawa diri berjumpa kepala paip untuk mengambil wuduk.....pas tu dengan selembanya membawa diri yang separuh mengantuk ni masuk kedalam bilik untuk membuat persiapan terakhir tuk tido...alhamdulillah, sebelum tido, dapat la juga ana memaksa diri ni tuk membaca buku(tuk tambah mengantuk) yang berjudul "MUHAMMAD BIN ABDULLAH PERIBADI SEORANG PAHLAWAN" karya Abdul Hakim Ahmad.

Buku ni bertujuan untuk meluaskan persepsi mengenai ciri bagaimana peribadi pahlawan yang cemerlang dan seimbang daripada pelbagai aspek. selain itu buku ini juga menyentuh tentang bagaimana ciri kepahlawanan Nabi Muhammad dibentuk, Cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang hidup baginda, ciri kepahlawanan yang ada pada Nabi Muhammad yang tegas kepada musuh tetapi masih berlemah lembut kepada umatnya....alhamdulillah beberapa tajuk mampu dibaca oleh ana dan selepas tu ana pun membaringkan lah diri ini, selepas beberapa perkara telah dilakukan, dengan lafaz suci Bismillahirrohmanirrohim, ana pun tido daaaaaa......ZZZZZZZZZ.....

ZZZzzzzzz....nfon menjerit dengan sangat nyaring(bunyi alarm set smalam)...dengan malasnya ana bngun mencapai nfon Sony Ericson S321 tuk mematikan alarm tadi..."4.30, fuhhh nasib...ingat 5.30 tadi"....sempat bermonolog tuk menenangkan diri yang agak terkejut disebabkan bunyi alarrm tadi..huhu....alhamdulillah, selesai berqiamullail, ana pun baring kejap tunggu azan kat surau.....ZzZZzzzzzzz......tetiba satu suara berkumandang memecah kesunyian pagi menyeru sekalian manusia untuk sujud menyembah Allah yang maha kuasa...dengan kelang kabutnya ana pun bngun daripada pembaringan dan menunggu sehingga habisnya azan.....berenti ja azan ana pun berdiri dan berjalan menuju ke kepala paip yang tersayang tuk mengambil wuduk sekali lagi..ehehehe..(time baring tadi ada satu kejadian yang berlaku menyebabkan air wuduk ana sebelum ni terbatal..preeet...!!...ehheehehhe...)......................solat........selepas imam menghabiskan bacaan doa, beliau pun berpaling ke arah kami(para jemaah) dan memulakan tazkirah ringkasnya..(kat surau tu jarang ada orang buat tazkirah, jadi td keadaan agak lucu la, pakcik2 tu semua brdiri, tak sabar nk balik...tp disebabkan ilmu, durang pun duduk semula)..tazkirah tadi memang ringkas, imam membacakan hadis Rasulullah S.A.W. riwayat Muslim yang berbunyi : ALLAH TIDAK MELIHAT KEPADA HARTA KEKAYAAN KAMU DAN PARAS RUPA KAMU, TETAPI ALLAH MELIHAT KEPADA AMAL KEBAJUKAN KAMU DAN HATI(KEKUSYUKAN & KEIHLASAN DALAM BERIBADAT) KAMU....masyaAllah walaupun pendek, terapi hadis yang diberikan sangat terkesan kepada diri ana..memang benar la allah itu hanya melihat kepada amalan yakni ketakwaan dan keimanan kita kepadanya...tiada gunanya kita mempunyai paras rupa yang elok serta kekayaan yang banyak, tetapi bilaman kita ini melalaikan Allah, dan tiada guna-gunanya kita ini tinggal di muka bumi Allah ini..

itu sahajalah yang mampu dikongsi..minta maaf kalau ada tersalah kata dan penyampaian yang kurang menarik..isinya sikit ja, tetapi, ceritanya tu...hehehehe..panjang..padahal tadi tulis taknak taip panjang lebar..apapun moga ada kebaikannya yang kita peroleh....Wassalam....:)

Thursday, April 15, 2010

Program Mahabbah



Assalamualaikum......

Pada tarikh 14 April 2010 baru2 ini...badan dakwah BALKIS daripada Sekolah Menengah Perempuan Likas telah mengadakan program mahabbah iaitu kunjungan ukhuwah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobobon.....Seramai 20 orang ajk2 tertinggi BALKIS telah menyertai program ini dan begitu jugak ceritanya di pihak PERPIS....

Penulis dan beberapa orang sahabat yang jugak merupakan alumnai pimpinan PERPIS telah dijemput oleh Ustazah Haflah bte Hj Yusuf...kami tiba di sekolah kira2 pada pukul 1.30 ptg dengan menaiki Kereta Proton milik ibu..ehehe..(keta sendiri lum ade lg, lesen pun tkda...lesen tawakal jelah...yang penting pandu elok2)...selepas selesai menunaikan solat Zohor berjamaah di surau sekolah, kami bergerak menuju ke bilik mesyuarat SMK Tobobon...kedatangan kami disambut oleh ustazah Haflah secara tak rasmi( sebenarnya dia nk stand by tuk jemput kontinjen BALKIS, tp tk sengaja terjumpa kami)....sampainya kami di bilik mesyuarat fuhhhhh..gembiranya hati kami kerana disambut dengan begitu mesra oleh adk2 PERPIS...kami dijemput duduk dengan hormatnya...tapi sudah menjadi kebiasaan kami yang tk pandai duduk diam, maka kecoh la keadaannya dalam bilik tu oleh kami, kecoh2 pun pasal tulung adk2 membuat persiapan trakhir....agak kecoh jugaklah keadaan waktu tu...ehehe..tp alhamdulillah masih terkawal..



Tepat pukul 2 petang, saudari pengerusi majlis menumumkan kedatangan ajk2 BALKIS.....program hari tu dimulakan dengan bacaan doa yang diimamkan oleh adk Syahmi Osman...selepas tu kata alu2an daripada Guru penasihat PERPIS dan juga Guru Penasihat badan dakwah BALKIS, Ustazah Noraini Bte Md Nor... selepas itu kata2 alu2an disampaikan pula oleh Pengerusi PERPIS sesi 2010/2011, saudara Soffiq b Saripin,turut menyampaikan kata alu2a adalah pengerusi BALKIS, Ummul Izzatin Mardhiah....



majlis diteruskan dengan slot Tazkirah yang disampaikan oleh saudara Mohd Hannafi b Mohd Muktah yang bertajuk Menteladani Rasulullah dalam berdakwah....selasainya sesi tazkirah..program diteruskan lagi dengan aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak BALKIS, dimana beberapa kumpulan telah dibentuk yang mana setiap kumpulan terdiri daripada AJK daripada PERPIS dan BALKIS....tujuan aktiviti adalah untuk memupuk ikatan ukhuwah islamiah antara ajk, bertukar2 idea dan pendapat masing2.....Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan ringkas yang telah disediakan oleh pihak PERPIS..program berakhir pada pukul 4.30 petang....diharapkan terdapat kebaikannya yang mampu diperoleh oleh ajk kedua2 badan dakwah PERPIS dan BALKIS......wassalam



Penyampaian Cenderahati daripada BALKIS kepada PERPIS


Penyampaian Cendera kenangan daripada PERPIS kepada BALKIS kerana sudi hadir ke sekolah SMK tobobon...

Sedikit Ta'aruf


Bismillahirrohmanirrohim...........

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Blog "siuk bah" ni diciptakan yang pertama adalah untuk memenuhi permintaan Akhi Nadir, yang mana beliau telah memberikan amanah kepada semua ahli Amilin02 untuk mengadakan blog untuk diri masing2, yang keduanya adalah untuk dijadikan satu medium perkongsian kepada beberapa perkara seperti Ilmu, program-program yang telah penulis sertai, perjalanan kehidupan penulis dan insyaAllah bermacam-macam perkara lagilah yang dirasakan siuk bagi penulis untuk dikongsikan........yang ketiga adalah untuk beribadah kepada Allah....kerana setiap perkara yang baik itu apabila dilakukan dengan tujuan kerana Allah S.W.T, perkara itu dikira sebagai satu ibadah dan insyaAllah mendapat ganjaran pahala dari-NYA.....:)

Kenapa siuk bah????.....mmmmm....penjelasan yang mampu difikirkan oleh penulis adalah kerana sewaktu penulis menciptakan blog ini, otak penulis tidak mampu memikirkan tajuk yang best, yang menarik...ehehe..apa pun nanti kalau penulis terfikirkan tajuk yang best untuk blog ni, insyaAllah akn diubah....

timbul persoalan....apa bah maksud siuk tu???????
ehehehehe..siuk ni kalu dilihat didalam kamus yang dicipta oleh diri penulis sendiri...ehehehe...bermaksud 'best', 'seronok'...dan yang sama waktu dengannya...bermaksud..kalu diterjemahkan secara lansung, tajuk blog ni berbunyi ' Best bah"..
Best dri konteks tajuk blog ni adalah penulis ingin memberikan mesej kepada pembaca sekalian tentang best, seronoknya diri penulis dilahirkan sebagai seorang insan yang menganuti agama yang satu2nya diredhai Allah iaitu agama Islam...dan insyaAllah, penulis dengan sedaya upayanya membawa para pembaca untuk melihat sendiri betapa bestnya Islam itu dan betapa gumbiranya penulis menjadi seorang muslim.....dan penulis ingin membuat pengakuan bahawa diri penulis penuh dengan kekurangannya, dan salah satu daripadanya ialah, penulis tidak berapa berkebolahan untuk berkongsi sesuatu melalui tulisan..disebabkan oleh kekurangan ini, penulis menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat cacat celanya, kesalahan dalam usaha penulis untuk berkongsi kepada pembaca sekalian...moga2 ada kebaikannya yang kita semua dapat daripada blog ini.....
wassalam