Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Saturday, April 17, 2010

Selamat Pagi Sabah



Assalamualaikum & selamat pagi kepada para pembaca sekalian.....

alhamdulillah hari ni Allah masih memberikan kepada diri yang menulis untuk terus menulis.....tuk hari ni tkda la nk tulis panjang sangat...just nk share apa yang ana dapat daripada kuliah subuh tadi pagi kat surau jer.....tp sebelum tu ana nk crita ckit la perjalanan ana dari mula tido sampai la terbangun daripada tido.....

Semalam sebelum tido, kite mandi dlu(pasal rasa tk berapa selesa), dan alhamdulillah, selepas mandi tu, selesa da balik...trus la membawa diri berjumpa kepala paip untuk mengambil wuduk.....pas tu dengan selembanya membawa diri yang separuh mengantuk ni masuk kedalam bilik untuk membuat persiapan terakhir tuk tido...alhamdulillah, sebelum tido, dapat la juga ana memaksa diri ni tuk membaca buku(tuk tambah mengantuk) yang berjudul "MUHAMMAD BIN ABDULLAH PERIBADI SEORANG PAHLAWAN" karya Abdul Hakim Ahmad.

Buku ni bertujuan untuk meluaskan persepsi mengenai ciri bagaimana peribadi pahlawan yang cemerlang dan seimbang daripada pelbagai aspek. selain itu buku ini juga menyentuh tentang bagaimana ciri kepahlawanan Nabi Muhammad dibentuk, Cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang hidup baginda, ciri kepahlawanan yang ada pada Nabi Muhammad yang tegas kepada musuh tetapi masih berlemah lembut kepada umatnya....alhamdulillah beberapa tajuk mampu dibaca oleh ana dan selepas tu ana pun membaringkan lah diri ini, selepas beberapa perkara telah dilakukan, dengan lafaz suci Bismillahirrohmanirrohim, ana pun tido daaaaaa......ZZZZZZZZZ.....

ZZZzzzzzz....nfon menjerit dengan sangat nyaring(bunyi alarm set smalam)...dengan malasnya ana bngun mencapai nfon Sony Ericson S321 tuk mematikan alarm tadi..."4.30, fuhhh nasib...ingat 5.30 tadi"....sempat bermonolog tuk menenangkan diri yang agak terkejut disebabkan bunyi alarrm tadi..huhu....alhamdulillah, selesai berqiamullail, ana pun baring kejap tunggu azan kat surau.....ZzZZzzzzzzz......tetiba satu suara berkumandang memecah kesunyian pagi menyeru sekalian manusia untuk sujud menyembah Allah yang maha kuasa...dengan kelang kabutnya ana pun bngun daripada pembaringan dan menunggu sehingga habisnya azan.....berenti ja azan ana pun berdiri dan berjalan menuju ke kepala paip yang tersayang tuk mengambil wuduk sekali lagi..ehehehe..(time baring tadi ada satu kejadian yang berlaku menyebabkan air wuduk ana sebelum ni terbatal..preeet...!!...ehheehehhe...)......................solat........selepas imam menghabiskan bacaan doa, beliau pun berpaling ke arah kami(para jemaah) dan memulakan tazkirah ringkasnya..(kat surau tu jarang ada orang buat tazkirah, jadi td keadaan agak lucu la, pakcik2 tu semua brdiri, tak sabar nk balik...tp disebabkan ilmu, durang pun duduk semula)..tazkirah tadi memang ringkas, imam membacakan hadis Rasulullah S.A.W. riwayat Muslim yang berbunyi : ALLAH TIDAK MELIHAT KEPADA HARTA KEKAYAAN KAMU DAN PARAS RUPA KAMU, TETAPI ALLAH MELIHAT KEPADA AMAL KEBAJUKAN KAMU DAN HATI(KEKUSYUKAN & KEIHLASAN DALAM BERIBADAT) KAMU....masyaAllah walaupun pendek, terapi hadis yang diberikan sangat terkesan kepada diri ana..memang benar la allah itu hanya melihat kepada amalan yakni ketakwaan dan keimanan kita kepadanya...tiada gunanya kita mempunyai paras rupa yang elok serta kekayaan yang banyak, tetapi bilaman kita ini melalaikan Allah, dan tiada guna-gunanya kita ini tinggal di muka bumi Allah ini..

itu sahajalah yang mampu dikongsi..minta maaf kalau ada tersalah kata dan penyampaian yang kurang menarik..isinya sikit ja, tetapi, ceritanya tu...hehehehe..panjang..padahal tadi tulis taknak taip panjang lebar..apapun moga ada kebaikannya yang kita peroleh....Wassalam....:)

No comments:

Post a Comment