Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, June 20, 2010

PROGRAM DAN METING KRU!



Diminta kepada semua penggerak KRU untuk bersedia turun kelapangan pada tarikh yang akan dinyatakan bagi menyempurnakan panggilan jihad.. bersedia untuk bekerja kerana Allah melalui wasilah(KRU) yang kita telah diamanahkan..

Aktiviti KRU terdekat,
- Program Perkampungan Akademik Bersama KRUKK
- 11 Julai 2010
- 8.00 - 11.00 am
- Surau al-Ikhwan, TKM

Meeting pd 26 JUN 2010 di surau TKM pd jam 9.30-11 pagi..

Kertas kerja dan perincian tugas sudah dibuat hanya perlu dibentangkan unit dan tugas serta sebarang idea dan penambahbaikkan untuk program..

Jadilah yang memudahkan untuk dimudahkan bukan yang menyusahkan untuk disusahkan.

Yang tidak dapat menghadirkan diri semasa mtg ataupun program berlangsung, buat surat formal terus kepada timb. pres KRUKK berserta alasan yang KUKUH lagi KONKRIT..alasan yang boleh disangkal dan tidak munasabah TIDAK AKAN dimaafkan..boleh jawab terus kepada ALLAH dimasyar kelak. Terima kasih..

Patuh sekiranya WALA'..

Saturday, June 19, 2010

BANTU MEMBANTU SESAMA ISLAM






Persatuan Siswazah Sabah merasa terkilan apabila mendapat maklumat bahawa sesetengah ahli Kelab Remaja Ukhuwwah masih hidup 'di dalam kegelapan dan kesempitan'. Dalam kesibukan persatuan memulih kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di serata pelosok negeri, tidak disangka-sangka bahawa kemahuan ahli keluarga persatuan sendiri menuju hidup baru yang diterangi oleh cahaya ilmu dan iman terhalang dek tidak mampu mengulangkaji pelajaran dan menelaah ilmu pada waktu malam. Malah, sebahagian ahli KRU terpaksa menghabiskan waktu cuti sekolah dengan menoreh getah dan bekerja demi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Menemui salah seorang ahli KRU yang hidup dalam serba kedhaifan, beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa turun ke ladang getah sejak dihalau keluar oleh keluarga setelah memeluk agama Islam. Walaupun hubungan dengan keluarganya yang masih beragama Islam beransur pulih, beliau mengakui bahawa bapanya masih enggan menampung kos persekolahannya. Ditanya bagaimana beliau membiayai kos pembayaran yuran sekolah dan membeli buku, beliau tanpa segan menjawab, 'buku tulis tahun lepas masih banyak kosong di bahagian belakang'. Beliau juga membeli peralatan sekolah di awal tahun dengan menggunakan gaji sebanyak RM200 hasil bekerja di sebuah kedai makan selama sebulan pada penghujung tahun lepas.

Persatuan Siswazah Sabah menggesa ahli-ahli persatuan, khususnya ahli-ahli Kelab Remaja Ukhuwwah melancarkan kutipan sumbangan secara individu dan berkumpulan bagi membantu sahabat-sahabat ini atas dasar ukhuwwah, kebersamaan dan kasih-sayang yang selalu dilaung-laungkan. Persatuan Siswazah Sabah turut melancarkan Kempen 'Sinar 4 Sahabat' dengan sasaran menyelesaikan 2 kes di Tuaran dan 1 di Penampang yang dikesan setakat ini menjelang hujung cuti sekolah. Senarai PIC untuk kempen akan dipaparkan tidak lama lagi.


Hubungi saudara Nadir - 0198110964 untuk maklumat lanjut atau salurkan sumbangan terus ke :

Bank Islam : 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah)

CIMB : 12180099132527
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)

Maybank : 162263156276
(Muhammad Ruslan Bin Azahari)

Friday, June 18, 2010

KEM REMAJA ISLAM-KRIS KK 2010





Alhamdulillah, tiada kata yang lebih berhak dan layak untuk dilafazkan atau diungkap melainkan ucapan syukur ke hadrat ilahi diatas limpahan kasih sayangNYA kepada kita makhluk merangkap hambaNYA di dunia yang indah ini. 12-14 Jun, inilah tarikh keramat bagi seramai 133 orang hamba Allah kerana telah dipilih-NYA untuk mengambil bahagian dalam satu aktiviti yang mampu membawa mereka dekat dengan Sang Pencipta. Program ini mengambil masa selama 3 hari dua malam, walaupun dilihat jangka waktu masanya sangat pendek, tetapi Alhamdulillah, kesan yang dilihat daripada 133 orang hamba itu tadi sangat-sangat mengembirakan hati seramai 61 orang hamba Allah yang telah dipilih-Nya untuk menjadi AJK program untuk kali ini.
Penat lelah dan segala pengorbanan yang telah ditaburkan tidak terasa dengan positif feed back yang telah diterima sepanjang berjalan sehingga berakhirnya program. Begitu lah sifat Sang Pencipta yang Maha pemurah dan pengasih, telah dipermudahkan perjalanan program KRIS KK 2010 pada kali ini yang bertempat di Masjid UMS KK.

"MASJID UMS-MENJADI PILIHAN AJK KRIS PADA TAHUN INI UNTUK DIJADIKAN TAPAK PROGRAM"

Pada malam kedua program, seorang daripada 133 peserta telah dibawa ke hospital Likas untuk mendapatkan rawatan dibahagian ibu jari sebelah kirinya disebabkan jangkitan.

"ADIK AFIQ YANG MENGALAMI JANGKITAN TERPAKSA MELAKUKAN PEMBEDAHAN KECIL UNTUK MEMBUANG NANAH YANG BERADA DI IBU JARINYA"

"PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT JANGKITAN YANG BERADA DI IBU JARI TANGAN AFIQ"

[P/S: ALHAMDULILLAH JANGKITAN TERSEBUT TIDAKLAH SETERUK yang kalian bayangkan..eheheheh... PEMBEDAHAN YANG DIJALANKAN ADALAH UNTUK MEMBUANG NANAH YANG BERADA DIJARI AFIQ..(SEBENARNYA POTONG KUKU JA PUN, TP GUNA "PEMBEDAHAN" NAMPAK LAWA cikit..EEHEHEHEHEHEHEHEHE)]


Pelbagai aktiviti telah direncanakan untuk para peserta, antaranya: Kuliah dasar yang terbahagi kepada 3 bahagian [1. Kecelaruan Aqidah Pemusnah Agama (Ustaz Norzam Senin), 2. Suluhan Ibadah (Ustazah Khairiah), 3. Kami cinta Rasulullah S.A.W (Ustaz Khairul Fitri)], tidak lupa juga aktiviti talk show yang bertajuk HALAWATUL ISLAM (KEMANISAN ISLAM), dan aktiviti kemuncaknya, iaitu EXPLORACE.
Program berakhir dengan aktiviti Lambaian Ukhuwah. walaupun berat, sedih dan pilu dirasakan oleh semua orang, namun perlu diingatkan bahawa setiap pertemuan pasti ada waktunya perpisahan itu berlaku..tp ingatlah, walaupun kita jauh dimata dan jarak memisahkan kita, tetapi, ikatan persaudaraan seagama itu tetap erat dan utuh ikatannya...InsyaAllah dengan izin-NYA pertemuan itu pasti akan menjelma kembali...Wallahualam.......



Berikut Merupakan Panorama Semasa Berlangsungnya Program.....
PANDANGAN HADAPAN..........
.....JENG, JENG, JENG.....
PANDANGAN BELAKANG...EHEHEHEHE...BALTUKAL...!

UUIIISSSSHHH!!!,,,MAYAT SEPA NI....

...UKHUWAH ITU SANGAT INDAH.....

VIDEO RASMI KRISS KK 2010....SAKSIKANLAH.....

made by: Aiman Osman, Azmeer Zainuddin, Saufi Afdol, Salman.


Itu sahaja dari ana sang penulis...yg kurang mohon dimaafkan, yang lebih2 baiknya itu ucapkanlah 'ALHAMDULILLAH'.........sehingga bertemu di lain episod...wassalam....