Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Thursday, April 15, 2010

Program Mahabbah



Assalamualaikum......

Pada tarikh 14 April 2010 baru2 ini...badan dakwah BALKIS daripada Sekolah Menengah Perempuan Likas telah mengadakan program mahabbah iaitu kunjungan ukhuwah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobobon.....Seramai 20 orang ajk2 tertinggi BALKIS telah menyertai program ini dan begitu jugak ceritanya di pihak PERPIS....

Penulis dan beberapa orang sahabat yang jugak merupakan alumnai pimpinan PERPIS telah dijemput oleh Ustazah Haflah bte Hj Yusuf...kami tiba di sekolah kira2 pada pukul 1.30 ptg dengan menaiki Kereta Proton milik ibu..ehehe..(keta sendiri lum ade lg, lesen pun tkda...lesen tawakal jelah...yang penting pandu elok2)...selepas selesai menunaikan solat Zohor berjamaah di surau sekolah, kami bergerak menuju ke bilik mesyuarat SMK Tobobon...kedatangan kami disambut oleh ustazah Haflah secara tak rasmi( sebenarnya dia nk stand by tuk jemput kontinjen BALKIS, tp tk sengaja terjumpa kami)....sampainya kami di bilik mesyuarat fuhhhhh..gembiranya hati kami kerana disambut dengan begitu mesra oleh adk2 PERPIS...kami dijemput duduk dengan hormatnya...tapi sudah menjadi kebiasaan kami yang tk pandai duduk diam, maka kecoh la keadaannya dalam bilik tu oleh kami, kecoh2 pun pasal tulung adk2 membuat persiapan trakhir....agak kecoh jugaklah keadaan waktu tu...ehehe..tp alhamdulillah masih terkawal..



Tepat pukul 2 petang, saudari pengerusi majlis menumumkan kedatangan ajk2 BALKIS.....program hari tu dimulakan dengan bacaan doa yang diimamkan oleh adk Syahmi Osman...selepas tu kata alu2an daripada Guru penasihat PERPIS dan juga Guru Penasihat badan dakwah BALKIS, Ustazah Noraini Bte Md Nor... selepas itu kata2 alu2an disampaikan pula oleh Pengerusi PERPIS sesi 2010/2011, saudara Soffiq b Saripin,turut menyampaikan kata alu2a adalah pengerusi BALKIS, Ummul Izzatin Mardhiah....



majlis diteruskan dengan slot Tazkirah yang disampaikan oleh saudara Mohd Hannafi b Mohd Muktah yang bertajuk Menteladani Rasulullah dalam berdakwah....selasainya sesi tazkirah..program diteruskan lagi dengan aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak BALKIS, dimana beberapa kumpulan telah dibentuk yang mana setiap kumpulan terdiri daripada AJK daripada PERPIS dan BALKIS....tujuan aktiviti adalah untuk memupuk ikatan ukhuwah islamiah antara ajk, bertukar2 idea dan pendapat masing2.....Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan ringkas yang telah disediakan oleh pihak PERPIS..program berakhir pada pukul 4.30 petang....diharapkan terdapat kebaikannya yang mampu diperoleh oleh ajk kedua2 badan dakwah PERPIS dan BALKIS......wassalam



Penyampaian Cenderahati daripada BALKIS kepada PERPIS


Penyampaian Cendera kenangan daripada PERPIS kepada BALKIS kerana sudi hadir ke sekolah SMK tobobon...

No comments:

Post a Comment