Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Monday, May 17, 2010

Qiam PERPIS 2010




Pada tarikh 7 dan 8 Mei baru2 ini, Persatuan Pelajar Islam Sekolah(PERPIS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Tobobon dengan jayanya telah melaksanakan program qiamullail yang pertama kalinya untuk tahun 2010 ini dengan bertemakan kepimpinan..Seramai 26 orang pelajar muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian dalam program ini, yang mana mereka ini terdiri daripada pimpinan2 institusi kepimpinan sekolah seperti, Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Ketua/ Penolong Ketua Kelas dan juga saf Pimpinan PERPIS sesi 2010/2011...
Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta muslimin dan muslimat yang dilakukan selepas Solat Fardhu Asar..Selesai melakukan solat Fardhu Maghrib, aktiviti diteruskan dengan majlis Tahlil yang diimamkan oleh Ustaz Ezri
"MAJLIS TAHLIL"
...Alhamdulillah Allah mengizinkan lagi program dilaksanakan dengan aktiviti Kuliah dasar yang disampaikan Oleh Ustaz Ezri yang bertajuk " Jawatan Sebagai Amanah "

" KULIAH DASAR BERSAMA USTAZ EZRI"

...Selesai Kuliah dasar, aktiviti diteruskan dengan sesi muhasabah yang bertajuk " Siapa aku? " yang telah disampaikan oleh Saudara Amin yang dijemput khas daripada badan Persatuan Siswazah Sabah..
Pada keesokan harinya(8 Mei 2010) aktiviti dimulakan dengan berqiamullail dan solat Fardhu Subuh secara berjemaah yang diimamkan oleh Uztaz Ezri

"GELAGAT ADIK2 YANG LIAT NAK BANGUN PAGI..:)"

...kemudian aktiviti diteruskan dengan aktiviti riadah pagi yang diketuai oleh saudara Hannafi Muktah...
"RIADAH PAGI PESERTA MUSLIMIN"

Allah masih juga memberikan keizinan-NYA dengan memberikan peluang untuk program terus berjalan lancar dengan penyampaian Kuliah Dasar ke-2 yang juga disampaikan oleh salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah, iaitu Saudara Fezri
....selesai Kuliah, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan secara santai dilakukan antara Fasilitator dan para peserta..

"
LDK ANTARA FASI DAN PESERTA"

Program berakhir dengan acara penutupan yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah, Mr Loh Kok Cheang...sebelum bersurai, para peserta dan ajk bekerjasama membersihkan tapak program dan satu majlis lambaian Ukhuwah diadakan............

"Semoga terdapat kebaikannya yang mampu diperoleh oleh para peserta mahupun AJK melalui program ini, mohon maaf sekiranya terdapat kecatatan, kekurangannya dalam program yang pertama ini..Buat sahabat AJK, terima kasih diatas kerjasama antum, ana amat terharu dan berterima kasih diatas segala yang telah antum berikan pada program kali ini..hanya Allah sahaja lah yang mampu membalasnya..ana doakan semoga jalinan ukhuwah yang kita bina selama ini kekal hingga keakhirnya, moga Allah ampunkan segala dosa yang kita telah lakukan selama ini, dan moga dengan sedikit sumbangan yang kita berikan ini mendapat ganjaran pahala disisi-NYA..aminn...jaga lah HATI, IMAN DAN JAGALAH ISLAM YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI INI....WALLAH HUALAM.........WASSALAM...


"LOGO RASMI PERPIS SMK TOBOBON"

No comments:

Post a Comment