Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Wednesday, April 27, 2011

Aku Dan Pulau



Assalamualaikum......
Pejam celik, pejam celik...dah setahun berlalu, kini aku dan rakan2 Program Dua Tahun(PDT) yang lain akan masuk ke Program Satu Tahun(PST)...terlalu banyak kenangan suka dan duka kami tempuhi bersama, bukan sahaja dengan rakan PDT, tapi juga dengan rakan-rakan PST..tiada air, tandas takda lampu, cafe tutup, kena denda dengan FAKE FELO..macam-macam..sangat seronok kalau diingat semula..(bbeerrrr..padahal, punya men sengsara menempuh hari2 tu..teutama takda air..)...

Mula-mula sampai dulu, aku terkejut...bukan kerana kecantikan lanskap KML, tapi........tiada air..."Allah, macam mana aku mau mandi ni???", "mati la, abis la kalu sakit perut..eeeee..."..berbagai2 soalan menerjah masuk ke dalam kepala otakku ni..rasa nak balik, nak quit, nak teruskan form 6 pun ada...tapi tak apa, aku kuatkan hati aku..bermonolong sendiri memberikan motivasi kepada diri aku sendiri....kejap ja ni, nanti ada la....syukur aku diberikan roomate yang sangat2 prihatin dan banyak membantuku membiasakan diri dengan keadaan serba daif di KML tu...terima kasih Faiz Syafiq Liasmat dan Kamis Bahruddin..tanpa bantuan kamu dua orang..mungkin aku 2 minggu ja berada di KML tu...

3 mingu pertama aku di KML sangat2 memeritkan, bayangkan..plajar ambilan kedua PDT, masuk2 ja terus kuiz...free2 aku dapat markah 0 untuk fizik..."balik, balik..aku mau balik..peduli la..ambil jalah form 6 tu..sama ja pun aliran sains", ayat2 yang keluar ketika aku bermonolog sendirian...memang satu kejutan buatku yang tak pernah tinggal sorang2, hidup uruskan diri sendiri 100% tanpa ada bantuan ibu bapaku...memang payah..tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bersangka baik dengan takdir Allah, kini aku telah berjaya melepasi halangan pertama yang melayakkan aku untuk masuk ke peringkat seterusnya..PST here I come!!!!...Moga Allah memudahkan urusan aku dan sahabat lain....

Kenangan PDT!!!
Program Sembelihan...

Ni Nama dia Azizi Adzhar, asal Sibu Sarawak..ketua B1T5...










Sambutan Berbuka Puasa Satu KML




Rumah Terbuka Muzium Chimney, Raya 2010..






Sambutan Raya Satu KML 2010


Tuesday, April 26, 2011

Bila Allah Memilihmu...




Assalamualaikum...alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat yang diberikan kepada kita tanpa perlu dibayar dengan wang ringgit..al maklum la, sekarang ni, nak masuk tandas pun dah nak kena bayar RM0.50 dan keatas..Subhanallah!!..maha suci Allah, tidak meminta apa-apa bayaran pun kepada kita untuk tinggal dibumi-NYA ini,selain menggunakan segala sumber yang ada dan melakukan segala macam pekerjaan, everything is free..yang penting mengabdikan diri/beribadah kepada-NYA(Az-Zariyat51:56)..so para pembaca sekalian, mari kita muhasabah diri kita baik-baik, apa sebenarnya status kita dimuka bumi ni, adakah kita ni pemiliknya atau sekadar peminjam?????...bak kata nabil, "LU PIKIR LA SENDIRI!!"..

Untuk post kali ni, ana ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada adik-adik ajk KRU yang telah berjaya melaksanakan satu lagi program Islamik yang bertemakan "AKIDAH-BACK TO THE BASIC"...program singkat yang berlansung selama dua hari satu malam ini ana rasakan telah memberikan seribu satu kenangan manis buat para peserta mahupun AJK program...tahniah adik-adik, moga kalian terus istiqomah dalam perjuangan dakwah di bumi Sabah ini..

Tidak lupa juga buat pimpinan baru KRU Cawangan Kota Kinabalu sesi 2011/2012 yang baru dilantik(24 April 2011), tahniah kerana dipilih Allah untuk memimpin satu organisasi yang membawa perjuangan menyebarkan agama Islam dimuka bumi-NYA ini..sesungguhnya kalian adalah orang yang memang sebenar-benarnya ikhlas dalam perjuangan ini..masakan tidak, dalam berjuta remaja di bumi Sabah ini, hanya kalian sahaja, 26 hati yang dipilih Allah untuk melaksanakan satu tanggungjawab yang besar tersebut...hanya kalian sahaja yang mempunyai kekuatan yang luar biasa yang mungkin tidak ada pada yang lain..moga kalian terus kuat, tabah dan Istiqomah dalam medan yang menjanjikan seribu satu kepahitan dan kesengsaraan ini...:)

Jangan takut dulu adik-adik, memang sudah menjadi kebiasaan dalan kehidupan bila kita mengkehendakkan sesuatu yang terbaik, harganya tidak murah dan memerlukan kita berbelanja besar untuk mendapatkannya...begitu juga dengan kepahitan dan kesengsaraan yang bakal kalian hadapi, ia adalah satu bentuk bayaran untuk mendapatkan SYURGA-NYA kelak...ana yakin, kalian boleh dan lebih baik dari sebelumnya..teruskan perjuangan KRU wahai pimpinan baru yang dipimpin oleh saudara Azmeer Zainuddin...doa ana sntiasa mengiringi kalian...ana gembira dan mampu tersenyum melihat adik-adik junior ana kini menjadi pimpinan KRU, abg doakan adik-adik terus maju kehadapan dalam menegakkan kalimah Allag di bumi Sabah ini..mari kita berjuang bersama!!..sekian..


Kenangan Manis Kau dan Aku.....
Mantan Pengerusi menyerahkan Fail Pengerusi kepada Pengerusi baru saudara Azmeer Zainuddin

Hijau: Begini ka caranya ni bos
Biru: Betul la tu..
Maroon: Jangan kau bercakap..termasuk air liurmu


Aksi Jejaka Dapur..


Gelagat AJK&Peserta


Aktiviti..



Ni penghulu Program kali ni..Bro Nazrin Ismail A.K.A. Big Guy


Penolong Penghulu, Adik Joel Jonathan..

Monday, April 11, 2011

Sipitang Mengajarku..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat-NYA yang tidak pernah putus-putus mencurah untuk kita hamba yang selalu lalai daripada tugas kita untuk beribadah kepada-NYA...dan bersyukur kita kerana sehingga kesaat ini kita masih hidup sebagai seorang yang beragama Islam..Allah masih tetapkan hati kita untuk terus percaya dan beriman kepada-NYA dan Rasul-NYA Muhammad Bin Abdullah..sungguh pembaca sekalian, kalau Allah mengkehendaki kita sesat pasti kita akan disesatkan oleh Allah(Al-An'am:125)..tapi diatas rahmat dan kasih sayang-NYA, walau setinggi mana dosa kita, Allah tetap memberikan peluang pada kita untuk terus berada dalam agama-NYA dan bertaubat kepada-NYA..peringatan untuk dri penulis dan para pembaca sekalian..gunakan masa yang ada untuk ubah diri menjadi seorang hamba yang baik...

insyaAllah, untuk post pada kali ini ana akan menceritakan perjalanan program "PEMANTAPAN AQIDAH-Perbandingan Agama Antara Islam dan Kristian" yang berlansung selama dua hari satu malam yang diadakan di Masjid Hj Hasyim Sipitang..program hasil kerjasama antara JHEAINS cawangan Sipitang, Persatuan Ulama Sabah(PUS) dan Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang(KRU'S) berjaya membawa seramai hampir 50 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan yang rata-ratanya pelajar tingkatan 3-6 daripada tiga buah sekolah di Sipitang, Sekolah Menengah Pangiran Omar 1 dan 2 dan Sekolah Menengah Padang Berampah..

Program bermula seawal pukul 7.00 Pagi dengan pendaftaran peserta, kemudian diikuti dengan taklimat daripada AJK program dan seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dasar Pertama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman yang bertajuk "Islam dan Al Quran", pengisiannya adalah Sejarah Penulisan Al Quran dan sedikit berkaitan Al Quran dan Sains..makanan ringan seterusnya dihidangkan untuk peserta sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan iaitu Latihan dalam kumpulan satu.. Kuliah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Arbain Syawal yang bertajuk "Mukjizat Al Quran"..

Selesai solat fardhu Zohor secara berjamaah, peserta kemudiannya menjamu makanan tengah hari yang disediakan penganjur program, sedap, halal dan baik..:)..."Agama Samawi", tajuk Kuliah ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Hamir Hamzah Jafar..pengisian menceritakan mengenai maksud agama samawi, dan sedikit mengenai agama Kristian dan kitabnya iaitu Bible dan penceramah juga menyelitkan mengenai cara-cara mengunakan Bible kepada peserta..seterusnya selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar, Latihan Dalam Kumpulan dijalankan untuk melihatkan kepada adik-adik peserta isi yang terdapat dalam kitab Bible yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian...
Malam kemuncak aktiviti diisi dengan ceramah perdana yang bertajuk "Islam Menawan Hatiku" yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nicholas Sylvester..beliau berasal daripada keluarga yang kuat dalam pegangan agama iaitu Kristian dan pernah dilantik menjadi Soldiers Of Jesus Christ oleh pihak gereja
..beliau telah memluk agama Islam sewaktu menuntut di Amerika Syarikat pada 13 Januari 1985, sejak daripada itu beliau giat menambahkan ilmunya berkenaan agama Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam..

Keesokkan paginya, hari adik-adik peserta dimulakan dengan berqiamullail dan solat fardhu subuh..selepas itu Latihan dalam kumpulan yang ketiga diadakan untuk memberikan kefahaman konsep Dosa Warisan yang di imani oleh penganut Kristian dan Kronologi penciptaan alam ini yang terdapat dalam bible(Kejadian 1;1-28) dengan sains yang telah di persoalkan oleh Dr Morice dalam bukunya Al Quran, Bible dan Sains..
Selepas Sarapan pagi, minda adik-adik peserta diisi dengan Kuliah terakhir yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Hj. Nicholas Sylvester yang bertajuk " Islam satu Perbandingan"...selesai solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, aktiviti penutup diadakan antara penganjur dan peserta...

Moga dengan terlaksananya program ini, mampu menambahkan lagi keyakinan para peserta tentang agama Islam, sesungguhnya agama yang satu2nya Allah redhai adalah Islam..(Ali Imran:19)
Moga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada agama-NYA dan sekali gus mati sebagai seorang Islam...

Memori Sipitang....
ISLAM MENAWAN HATIKU

Ustaz Hamir memberikan pengisian...


Telatah AJK

Penulis bersama Tn HJ Nicholas Sylvester

Seorang peserta yang baru memeluk agama Islam, Fara Jane.


(P/s: Terima kasih kepada Ustaz Hamir yang membawa ana mengikuti program ini, kepada sahabat KRU sipitang jutaan ucapan terima kasih ana ucapkan kepada kalian diatas layanan baik yang yang kalian berikan pada ana, terharu ana, rasa sangat2 dihargai dan malu..semoga jasa baik kalian dibalas Allah dengan Syurga-NYA diakhirat kelak..kepada Ustaz Hj Nicholas, ustaz adalah seorang insan yang membanggakan buat ana, dari jauh datang walau sibuk, tetap memberikan yang terbaik...sepatutnya orang MELAYU@beragama Islam berasa malu dengan Ustaz yang tak pernah kenal erti penat dan sentiasa semangat dalam menjalankan dakwah..moga Allah membalas usaha ustaz dengan kemudahan didunia dan akhirat dan Syurga-NYA..aminn)

Monday, January 10, 2011

Jangan Baca!..



Alhamdulillah..sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas segala rahmat & nikmat yang tidak putus-putus dicurahkan-NYa kepada kita sebagai hamba yang hina..oksigen, tenaga, rezeki, ilmu, kemudahan dalam melakukan pekerjaan harian, dan sebagainya..segalanya diberikan kepada kita tanpa meminta sedikit pun balasan..sedang kita selalu melalaikan-NYA, melanggar perintah-NYA, dan melakukan segala kemungkaran yang pasti dilarang oleh-NYA..
Selawat dan salam ditujukan buat kekasih,Saidina Muhammad Bin Abdullah, Rasul Allah yang terakhir diutuskan buat kita umat akhir zaman..semasa hidupnya, tidak pernah mengenal erti penat, dan lelah..berjuang bersama-sama keluarga dan para sahabat agar manusia yang mendiami dunia ini mampu mengenal siapa tuhan yang Maha Kuasa dan Agama-NYA yang mulia yakni Islam...begitu juga buat para ulamak dan pejuang-pejuang Islam yang lahir selepas kewafatan baginda yang turut sama bermandi darah dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi-NYA ini..

Alhamdulillah, diberikan keizinan-NYA kepada ana untuk hidup meneruskan perjuangan yang hanya akan berakhir dengan kematian, yang semestinya kematian yang diinginkan adalah mati dalam perjuangan dijalan-NYA..insyaAllah...pada tanggal 3-4 Safar 1432H bersamaan dengan tarikh 8-9 Januari 2011, satu program kerohanian(PROGRAM QIAMMULLAIL PERDANA KRU 2011) telah dijalankan yang bertemakan 'TUNJUK AJARKU SIFU'..Pengisian yang diberikan adalah untuk membantu peserta dalam pembentukan Sikap Profesionalisme dlm bergerak kerja dan mendedahkan cara-cara komunikasi yang berkesan kepada masyarakat..
Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan dan kesempatan kepada ana untuk menyertai program ini...kebetulan program dijalankan semasa ana bercuti..bnyak aktiviti yang menarik diselitkan didalam program ini, dan boleh ana katakan program kali ini berlainan dari program sebelumnya..
Selama dua hari semalam banyak yang Allah ajarkan, peringatkan kepada ana mengenai hakikat kehidupan seorang pejuang agama-NYA..Alhamdulillah..setinggi-tinggi syukur ana panjatkan pada-NYA diatas rahmat yang tidak pututs-putus diberikan sungguhpun Dia mengetahui perihal sebenar tentang diri ini..insan yang lemh..berlumuran dengan Dosa..moga Allah ampunkan dosa yang telah kita lakukan sepanjang kehip\dupan dimuka bumi-NYA ini...
sekian dari ana..mohon maaf diatas kelemahan yang ada pada post kali ini..segala kelemahan yang disedari pembaca, mohon komen untuk penambah baikan dipost yang akan datang..yang baik datang daripada Allah, yang buruk juga adalah daripada-NYA, disandarkan diatas sifat ana sebagai manusia yang maha lemah..moga ada manfaatnya untuk kita semua...wassalam..

Gambar Kenangan..




Sunday, November 7, 2010

PERPIS CAMP



Assalamualaikum....

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana masih mengizinkan ana untuk terus hidup di bumi-NYA hingga ke saat ini...pertama-tama sekali, suka ana untuk memulakan penulisan dengan selawat keatas junjungan Muhammad S.A.W. yang telah berjuang sehinggga ke hembusan nafas baginda yang terakhir bagi memastikan Islam sampai kepada kita..tidak lupa juga buat ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan pejuang2 Islam yang lain, yang tidak jemu ataupun lokek/kedekut untuk menyampaikan ilmu Allah sehingga kita mamapu mengenal Allah sebagai tuhan seantero alam, siapa dia Muhammad bin Abdullah, dan apakah dia agama Islam.

Alhamdulillah, Allah mengubati rindu ana kepada sekolah, guru, dan PERPIS (Persatuan Pelajar Islam Sekolah) dengan mengizinkan ana untuk berprogram bersama2 mereka didalam satu program "PERPIS CAMP"...Program yang diadakan pada tanggal 6 November 2010 ini sangat bermakna buat ana, kerinduan yang selama ini dirasa terubat pada hari tersebut...sekali lagi syukur ana panjatkan buat Al Khalik, yang memahami apa yang tersimpan didalam dada setiap hamba-NYA..

Program ini ana jadikan sebagai kayu pengukur bagi melihat sejauh mana peningkatan prestasi badan organisasi PERPIS dan gerak kerja ahli jawatan kuasanya, dan syukur ke hadrat ilahi...peningkatan yang ketara mampu dilihat dengan kejayaan program tersebut..ana difahamkan program yang diadakan tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak sekolah, dan mereka, adik2 jawatan kuasa PERPIS menggunakan duit yang mereka kumpul bersama...kagum, itulah reaksi ana bila mendengarkan berita itu...walaupun program yang diadakan agak sederhana, tetapi boleh ana katakan perjalanan program pada hari itu lancar dan tidak menghadapi banyak masalah seperti program2 sebelum ini, makan dan minum para peserta cukup juga pengisian yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Program dijalankan dengan objektif untuk mendidik adik2 pelapis untuk pimpinan PERPIS tahun hadapan...mereka didedahkan tentang kepentingan menjaga amanah sebagai hamba Allah, juga sebaga ahli PERPIS, dengan pengisian yang bertajuk "AMANAH" yang disampaikan oleh alumnai, mantan presiden PERPIS sesi 2009..juga mereka diuji dari segi keberanian dalam memberikan pendapat dan ilmu dalam aktiviti forum dan pidato..syabas dan tahniah ana ucapkan kepada adik2 diatas keberanian anda dalam aktiviti tersebut..aktiviti terakhir program tersebut adalah sesi pembubaran saf pimpinan sesi 2010 dan pembentukan semula fas pimpinan bagi sesi 2011..
dan tahniah ana ucapkan buat adik Arafat (Presiden PERPIS sesi 2011) dan adik Ezati Bustam (Naib Presiden PERPIS sesi 2011) kerana dipilih Allah untuk mengetuai satu badan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menegakkan kalimah tauhid disekolah SMK Tobobon..ana doakan moga kalian dan saf pimpinan yang lain mampu menjalankan amanah yang telah diperturunkan keada antum dengan sebaik mungkin sesuai dengan tuntutan Allah dan belajar baik2...

wallahualam..moga ada manfaatnya untuk post kali ini..yang baik itu datangnya daripada Allah, jangan pujian untuk post kali ini diberikan untuk ana, tetapi berikanlah pujian itu kepada yang menciptakan ana (Allah S.W.T.)..yang buruk juga datang daripada-NYA, tetapi kelemahan itu disandarkan diatas diri ana yang dhoif, lagi hina ini..dengan tujuan, untuk menunjukkan kepada manusia sekalian yang kita ini merupakan insan yang lemah, penuh dengan kelemahannya...
wassalam..



Friday, November 5, 2010

Tak Sangka!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian..
Alhamdulillah,
ucapan syukur yang tidak terhingga buat Sang Pencipta yang tidak jemu2 memberikan kita semua nikmat,
sama ada yang terlihat mahupun yang tidak terlihat dimata...
dalam kesenangan ada rahmatnya,
begitu juga dalam kesusahan yang Allah berikan, yakin dan percaya, ada rahmat, hikmah, dan nikmat disebalik setiap apa yg berlaku...
cuma,
disebabkan kita manusia, terlalu sombong, angkuh, dan terlalu lokek dalam bersyukur sehingga kita buta..tidak berupaya untuk melihat kebaikan yg sengaja Allah sorokkan dalam kesusahan yang diberikan-NYA..

"GEDEBUK", terjatuh sikit kita dah mengeluh itu dan ini..tidak terlihat disana bantuan yang cuba Allah berikan, hikmah yang cuba Allah tunjukkan kepada kita..sebenarnya Allah cuba berkata2 kepada kita, cuma, bila sesuatu itu dilihat menggunakan MATA NAFSU dan MATA IMAN diabaikan, tidak terdengan kata2 yang cuba Allah sampaikan...
"lepas ni, hati2 bila berjalan..jng buat benda yang melalaikan, tengok jalan"........
wallahualam..

ehem3...tu intro ja tu..lum masuk kepada isi tajuk...cuma mungkin apa yang ana cuba sampaikan ni berkaitan juga dengan apa yang ana coretkan diatas...
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik...tak sangka, ana dah habiskan satu sem pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2010/2011...
syukur kepada Allah, dengan bantuan daripadaNYA, ana mampu mengharungi kepayahan hidup tanpa ibu bapa disisi...kehidupan disana banyak mengajar ana banyak perkara tentang kehidupan...banyak mendidik dan mengingatkan ana untuk sentiasa berharap kepada Allah, bergantung kepada Allah...Pasti, kalau bukan disebabkan kemurahan-NYA, kasih sayang-NYA..tak sampai seminggu ana disana, memang dah QUIT...
Tapi, itulah kasih sayangnya ALLAH kepada hamba-NYA..tidak dibebankan kepada hamba-NYA sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh hamba yang maha lemah ini...

Pernah terlintas difikiran ana selepas seminggu berada disana untuk berhenti pengajian, nak balik!!....tapi, Alhamdulillah, ditiupkan-NYA semangat buat ana..terkenang ibu bapa dirumah yang punya harapan besar, ingin melihat anak mereka yang bongsu ini berjaya, dan teringat ana pengorbanan mereka yang berbelanja banyak hanya untuk ana seorang...sedih, sebak, syukur..."Alhamdulillah, Engkau ingatkan kepada ku ini semua Ya Allah..andainya Engkau tidak memberikan aku kesedaran, mungkin ibu bapaku berada dalam kekecewaan disebabkan aku, yang terlalu pentingkan diri sendiri, lemah, dan tidak tahu bersyukur..... "

Tanggal 29 Oktober 2010, ana dan sahabat2 Program Dua Tahun Kolej Matrikulasi Labuan, berjaya menamatkan pengajian kami untuk semester satu...satu kelegaan disana...dan gementar..menunggu keputusan yang bakal keluar..."YA Allah berikan yang terbaik buat kami, yang menyejukkan mata memandang, menenangkan hati kami Ya Allah...berikan pula kami kekuatan untuk menempuh semester yang seterusnya, dan permudahkanlah urusan kami ya Allah"

mudah2an yang terbaik untuk kita semua..khasnya buat umat Muhammad..semoga kemenangan buat kita dimasa hadapan...jadikan Allah tempat bergantung, ingat Allah, Allah akan ingat kepada kita..dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang(Ar-Rad 13:28)

moga ada manfaatnya untuk post kali ni..yang baik datang daripada Allah, yang tidak itu juga datangnya daripada Allah, cuma disandarkan diatas diri ana untuk menunjukkan yang manusia ini diciptakan penuh dengan kelemahan dan kekurangan....
sehingga bertemu dilain post..wallahualam....

wassalam.....

Tuesday, September 14, 2010

Anggota Baru



Assalamualaikum....alhamdulillah, tiada kata dan lafaz yang lebih layak untuk diucap dan ditaip melainkan kalimat2 kesyukuran kehadrat-NYA, sang Khalik. Kerana, diatas kemurahan dan keizinan daripada-NYA kita masih mampu bernafas, hidup di muka bumi yang maha esa ini dan masih lagi berpegang kepada kalimah yang InsyaAllah mampu membawa kita menuju ke syurga-NYA kelak..selawat dan salam buat junjunan Rasul S.A.W. diatas usaha keras baginda menyampaikan kalimah Allah sehingga kita mampu mengenal Islam pada hari ini, juga kepada para sahabat baginda, dan seterusnya pejuang2 Islam yang tidak pernah lelah dan bosan untuk menyampaikan ajaran Islam yang indah dan maha benar..
..sejak sekian lama menyepi, akhirnya penulis diberikan peluang untuk log in dan sekali gus memberikan post terbaru kepada para pembaca sekalian...untuk post pada kali ini ana ingin mengkhabarkan satu berita gembira yang bukan sahaja mengembirakan diri ana dan keluarga, tetapi, ianya satu kegembiraan yang patut dikongsi dan dirasakan oleh seluruh umat Islam di dunia ini....

Tangal ke-6 dalam bulan Julai tahun 2010, bertempat di Hospital Besar Likas, lahir la si dia yang comel ke muka bumi ini dengan izin yang Maha Kuasa...fuhh..memang lega dan gembira la bila mendapat berita tentang kelahiran ahli baru dalam keluarga Haji Majid ni...dan ana pun secara rasminya naik taraf menjadi UNCLE...Yeah!..bersykur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kak ana dan mengurniakan kepada dia dan suaminya seorang anak yang cukup sifat dan normal...nama diberi sangat cantik...Mohammad Nuryan Asyraf Bin Bungsu..bila ana tnya kak ana nama ni di ilhamkan dari mana, kak ana selemba jawab, "nama Asyraf tu nama salah seorang peserta program realiti 'Imam Muda', nama ni merupakan doa buat kami agar anak ni nanti jadi orang yang baik2"....InsyaAllah, ana mendoakan semoga doa itu dimakbulkan-NYA...
.....
k lah itu sahaja yang ana mampu coretkan buat malam ini..tidak banyak yang ana mampu ceritakan memandangkan umurnya baru mencecah dua bulan lebih..dan terus terang ana katakan memang comel...ehehehehehehehehehehehehe...so untuk tatapan dan bahan bukti untuk para pembaca ana akan postkan skali gambarnya.......
saksikanlah.........










...itu saja dari ana....sekian..wassalam...