Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Thursday, November 10, 2011

Don't Read



Aku melihat kau merperlakukan wanita mengikut suka mu,
Tanganmu tanpa henti memukul sang wanita,
Kakimu tanpa henti menyepak sang wanita,
Dan,
Mulutmu tanpa henti mengeluarkan kata2 kesat menghina sang wanita..



Tidakkah kau sedar bahawa perbuatanmu ini telah melanggar wasiat yang telah diberikan Rasulullah ketika saat kewafatannya,
Rasulullah telah berwasiat yang berbunyi “lindungilah orang2 yang lemah diantaramu(wanita)”..

Bila melihat akan tingkahmu, berlawanan sekali dari apa yang telah diwasiatkan kepadamu..



Tidakkah kau sedar,

9 bulan kau tinggal didalam Rahim seorang perempuan,
Lahir kau ke dunia ini dari faraj seorang
yang bergelar wanita wanita ,
Susu yang menjadi makananmu semasa bayi diberikan
oleh seorang yang bergelar wanita,
Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi diberikan
kepadamu oleh seorang yang bergelar wanita,

Dan,

Dialah juga yakni seorang yang bergelar wanita,
Menyenangkanmu disaat kecelaruan menyelubungi hatimu,
Memberimu zuriat bagi meneruskan legasimu,

Dan,

Dialah yang mungkin menjadi tiketmu kesyurga disaat kau terkapai-kapai mencari pahala ibadahmu yang entah ada, entah tiada…

Lakukan wanita sebaik mungkin sesuai seperti yang telah diajarkan agama.

1 comment: