Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Thursday, November 10, 2011

Don't Read



Aku melihat kau merperlakukan wanita mengikut suka mu,
Tanganmu tanpa henti memukul sang wanita,
Kakimu tanpa henti menyepak sang wanita,
Dan,
Mulutmu tanpa henti mengeluarkan kata2 kesat menghina sang wanita..



Tidakkah kau sedar bahawa perbuatanmu ini telah melanggar wasiat yang telah diberikan Rasulullah ketika saat kewafatannya,
Rasulullah telah berwasiat yang berbunyi “lindungilah orang2 yang lemah diantaramu(wanita)”..

Bila melihat akan tingkahmu, berlawanan sekali dari apa yang telah diwasiatkan kepadamu..



Tidakkah kau sedar,

9 bulan kau tinggal didalam Rahim seorang perempuan,
Lahir kau ke dunia ini dari faraj seorang
yang bergelar wanita wanita ,
Susu yang menjadi makananmu semasa bayi diberikan
oleh seorang yang bergelar wanita,
Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi diberikan
kepadamu oleh seorang yang bergelar wanita,

Dan,

Dialah juga yakni seorang yang bergelar wanita,
Menyenangkanmu disaat kecelaruan menyelubungi hatimu,
Memberimu zuriat bagi meneruskan legasimu,

Dan,

Dialah yang mungkin menjadi tiketmu kesyurga disaat kau terkapai-kapai mencari pahala ibadahmu yang entah ada, entah tiada…

Lakukan wanita sebaik mungkin sesuai seperti yang telah diajarkan agama.

Tuesday, August 23, 2011

Dia datang...




Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana masih memberikan peluang kepada kita bertemu sekali lagi bulan Ramadan yang mulia ini...dikesempatan ini, ana mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca sekalian..wassalam...

Friday, May 20, 2011

Kebiasaan Kita......



Bila sakit, kita minta nasihat doktor untuk dapatkan rawatan,

Bila kita ada masalah peribadi, kita minta pendapat kaunselor,

Bila ada masalah duit, kita rujuk dengan konsultan bank....

Dan,

Masalah Negara, kita rujuk kepada pemerintah...


Tapi BILA MASALAH AGAMA....bukan ulamak/Ustaz/Ustazah yang kita rujuk...renung2kan dan selamat berfikir...

-Dimanakah posisi Ulamak dalam hati dan masyarakat setempat, hinggakan pendapat Agama selalu dirujuk pada golongan Artis, Umarak(Pemimpin) dan Golongan yang bukan ahli kepada bidang Agama.....
Kalu tanya hukum BOTOX pada artis, jawab artis "mestilah boleh"....walaupun hakikatnya kata Islam HARAM...Wallahualam...-

Friday, May 13, 2011

Duhai DIRIKU...!!!!



Duhai Diriku..
Kau tahu Allah itu tuhanmu,
Kau tahu Allah itu Penciptamu,
Kau tahu DIA adalah kekasih yang teragung,
Dan…
Kau tahu kepada-NYA kau akan dikembalikan…

Tapi…
Kenapa si Selebriti yang kau puja??
Jauh sekali rasa syukurmu kau panjatkan pada-NYA
Cintamu kau berikan kepada si dia, couplemu…
Dan..
Kenapa kau melewatkan taubat kepada-NYA..!!!



Duhai Diriku,
Kau tahu betapa mulianya peribadi Muhammad Bin Abdullah, Rasul-NYA,
Kau tahu bagaimana baginda mengabdikan dirinya untuk menegakkan Agama,
Kau tahu betapa peritnya pengorbanannya,
Dan..
kau tahu Al Quran dan Sunnah tinggalannya menjadi pemandu hidupmu…


Tapi….
Si Selebriti juga yang menjadi idolamu…
Runtuhnya agama keranamu…
Pahit perit pengorbanannya kau lupakan dengan hiburan yang malampau-lampau….
Dan..
Nasihat si kafir juga yang menjadi panduanmu….!!!



Duhai Diriku,
Kau tahu Ibu Bapamu PENYEBAB kehadiranmu di muka bumi-NYA ini,
Kau tahu betapa banyak pengorbanan yang mereka telah lakukan,
Kau tahu mereka adalah insan yang wajib kau hormati,
Dan..
Kau tahu Redha Allah teletak pada keredhaan kedua Ibu Bapamu…

Tapi…
Jarang sekali ucapan “TERIMA KASIH IBU DAN AYAH” terpacul dari mulutmu…
Setelah kau Berjaya dalam hidupmu,mereka kau lupakan..
Malah, kau lebihkan kapelmu daripada kedua orang tuamu…
Dan…
Jangankan redha mereka..redha Allah pun kau abaikan…!!!


Duhai Diriku..
Kau tahu Al Quran itu merupakan Panduan kehidupan manusia,
Kau tahu Al Quran itu ubat segala penyakit,
Kau tahu Al Quran itu kunci kepada akhlak yang baik,
Dan…
Kau tahu Al Quran itu merupakan sumber syafaatmu diakhirat kelak…


Tapi…
Buku tulisan si kafir juga menjadi panduan dan rujukanmu….
Ubat makmal menjadi harapanmu untuk mengubati sakit..
Akhlakmu seperti si Selebriti yang gossipnya menjadi tatapanmu sehari-hari…
Dan…
Al Quran menjadi pilihan terakhir untuk menjadi tatapan matamu…!!!



Duhai Diriku,
Kau tahu sunnah itu panduan kedua selepas Al Quran,
Kau tahu Sunnah itu hadiah berharga dari Rasulullah S.A.W.,
Kau tahu balasan pahala yang banyak jika mengamalkannya,
Dan..
Kau tahu Sabdanya itu merupakan kata-kata cinta sorang Rasul Kepada umatnya yg dikasihi…


Tapi..
Apa itu sunnah..??..kau pun tak tahu…
Hadiah si couplemu lebih kau hargai berbanding si dia kekasih Allah..
Bila sebut pasal sunnah, kau kata ia menyusahkan..kolot..
Dan..
Kata-kata cinta si Couplemu lebih mengasyikkan mu berbanding sabdanya…!!!



Duhai Diriku,
Kau tahu Ulamak itu pewaris Ilmu nabi,
Kau tahu kata-katanya berdasarkan Ilmu Agama yang dipelajarinya,
Kau tahu mereka itu golongan yang tinggi nilai akhlaknya
Dan…
Kau tahu mereka tak membalas bila kau mencemuh dirinya..!!!!


Tapi,
Kuliah agamanya tak kau hadir, tak kau lihat malah kau membencinya…
Bila si Ulamak mengatakan pendapatnya, kau kata dia SESAT…
Mulutmu tak kau jaga bila berhadapan dengan ulamak..
Dan…
Kau mencemuhnya sesuka hatimu..!!!



Duhai Diriku,
Kau tahu Islam agama yang benar,
Kau tahu agama Islam itu perlu diamalkan keseluruhannya,
Kau tahu Islam itu tak boleh dipisahkan dari kehidupan kita sehari-hari,
Dan…
Kau tahu Islam itu merupakan satu-satunya agama yang Allah redhai..


Tapi..
Benarnya Islam itu hanya pada mulutmu tapi tidak pada perbuatanmu..
Agama, bahagian yang kau suka kau ambil…bahagian yang menentang keinginanmu kau tolak jauh2..moden..
Kau wujudkan sekularisma dalam system kehidupanmu…
Dan..
Kau munculkan agama lain bertopengkan Islam..!!!!!!!

Wallahualam
(Khas ditujukan buat diri yang lemah dan dhoif ini..juga buat pembaca..silakan ambil yang baik..jng layan yg tak senang dimata..
Tujuan ana menulis bukanlah untuk menunjukkn kehebatan Ilmu atau diri..jauh sama sekali..tetapi yang jelas, yang maha bijaksana, lagi maha hebat adalah Allah S.W.T..tujuannya adalah untuk memberi peringatan untuk diri ana juga pada anda yang ingin diingatkan…sebarang komen atau penambah baikkan silakan berikan komentar anda di chat box..syukran..wassalam)

Wednesday, May 11, 2011

Penangan Usukan...UUUUUUUUSUUUUKANNNN..!!!!



Assalamualaikum..alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk diri ini terus brgerak kerja di jalan-NYA..yalah, faham-faham ja..kita ni sedar-sedar la diri sebagai seorang manusia@HAMBA ALLAH...penuh dengan kelemahan, kecatatan walaupun pada zahirnya nampak normal...
InsyaAllah, dengan kemampuan dan usaha yang kecil ni diharapkan mampu menghapuskan sedikit dosa yang telah dilakukan sepanjang hidup ni hingga la ke saat ni...tapi sedar tak sedar..berapa banyak dikalangan kita yang bergelar manusia sedar akan status kita sebagai hamba????
bak kata nabil "lu pikir la sendiri"..:)

SMK Usukan..satu nama yang tidak asing lagi buat ana..kerana telah berkesempatan menjejakkan kaki kesana bersama team PSS& Alham centre untuk membantu adik-adik tingkatan 6 atas dalam program motivasi sempena peperiksaan STPM yang bakal mereka duduki pada bulan November tahun ini...
"Kak, Jauh ka Kota belud tu??"..soalan yang pertama terpacul dari mulut ana kepada kak Yuyu(bukan nama sebenar) lepas beliau mengoffer ana tuk join prog tu...
Soalan yang sama jugak diajukan kepada Abg Amin(bukan nama sebenar), kak Faridah( bukan nama sebenar)...sesuatu yang memalukan bagi seorang anak Sabah, tidak mengetahui lokasi2 dalam Sabah ni..uhuhuhu...(pengajaran)...
bukan ana tak tau kat mana Kota Belud ni..cuma samar-samar memoriku dengan Kota Belud ni....


Disini ana nak kongsi cikit latar belakang Kota Belud...
Sila layari laman web ni..(http://www.sabah.gov.my/pd.kb/latarbelakang%20daerah.html)


Menjejakkan kaki buat yang pertama kalinya di bumi SMK Usukan..sesuatu dah menarik minat ana..Tangki Air utama sekolah, bertulis "1 Malaysia, Usukan Pun boleh bah!!"....wahhh..tak payah mau bagi motivasi ni..mereka disini memang dah termotivasi..!!..hakikatnya, yang termotivasi tangki airnya, tapi mereka, perlu ditambahkan lagi motivasinya...

Dipendekkan cerita, bukan pelajar sahaja yang termotivasi, tapi secara personalnya, ana sendiri termotivasi..Subhanallah!!!!...ada mesej yang Allah cuba sampaikan kepada ana melalui program ni...yang sangat menyentuh hati ana bila sesi perkongsian yang dimoderatorkan oleh Abg Amin...sorang pelajar yang kematian kedua orang tuanya..sangat sedih dengar ceritanya..ana bayangkn kalau la ana berada ditempat dia..adakah aku sekuat dia???...adakah aku mampu hidup tanpa kehadiran orang tuaku????....fuuuhhhh...soalan2 itu membuatkan mata ni ibarat paip air yang pecah..tak tertahan dari menitiskan air mata...pengajarannya buat kita..secara kesimpulannya..

1) Hargailah ibu bapa kita, tanpa mereka kehadiran kita dimuka bumi ni adalah mustahil,

2) "Dikaulah ratu hatiku", kekalkan ayat ni sampai kita mati esok..kerana, situasi anak-anak sekarang..ayat ni valid time 'mother's day' dan time kita kecil-kecil dulu ja...so, apa kata kita ubah mind set ni..."dikaulah Raja dan Ratu hatiku dari saat kelahiranku sampai lah keakhirat kelak"..

3) Jng jadikan kesusahan hidup menjadi modal untuk kita bersikap kurang ajar kepada Ibu bapa...sama juga, situasi anak-anak sekarang..tak kira miskin atau kaya..menjadikan status kehidupan tu sebagai modal tuk kurang ajar kat ibu bapa...contohi anak-anak dulu-dulu..yang miskin, berusaha, belajar dengan baik supaya dapat ubah nasib hidup keluarga..yang miskin, berusaha untuk kekalkan kekayaan keluarga untuk generasi akan datang...dimanakah "budi bahasa budaya kita" tu????...renung2kan..

Apa pun, memang menyumbang seribu satu kenangan indah berada selama 3hari 2 malam di sana...moga-moga Allah merahmati usaha kita untuk mendekatkan diri kita ni pada-NYA..
dibawah ni ana selitkan sedikit gambar time kat sana..wallahualam...syukran..

















Sunday, May 1, 2011

Kerana dia....



Kerana Dia Ulamak,
Kata-katanya dianggap dusta,
Perbuatannya menghina Agama,
Kuliah agamanya sepi dari sambutan masyarakat….

Kerana Dia Selebriti,
Kata-katanya penuh hikmah,
Perbuatannya dijadikan contoh,
Konsert dan lakonannya mendapat sambutan masyarakat…

Kerana Dia Ulamak,
Pendapatnya diketepikan,
Kehadirannya tidak diinginkan,
Kematiannya dinantikan…

Kerana Dia Selebriti,
Pendapatnya menjadi rujukan ramai,
Kehadirannya sangat diinginkan,
Kematiannya satu kehilangan yang besar…

Kerana Dia Ulamak,
Kereta sendiri menjadi harapannya kesana kemari,
Bayarannya sekadar cukup untuk duit minyak kereta,
Sambutan kedatangannya sekadar laungan salam dari Imam Masjid…

Kerana Dia Selebriti,
Limosin disediakan untuk menjemputnya,
Bayarannya cukup menampungnya selama setahun,
Sambutan kedatangannya penuh sorakan dan pujian….

Kerana Dia Ulamak,
Kezuhudannya dianggap melobi untuk mendapatkan kemahsyuran,
Perjuangannya dianggap memundurkan masyarakat,
Ilmunya dianggap menidakkan segalanya…


Kerana Dia Selebriti,
Kesusahannya menjadi perhatian ramai,
Perjuangannya meningkatkan martabat dunia hiburan Negara,
Ilmunya diguna pakai mengiyakan yang batil…..

Kerana Dia Ulamak,
Jasanya tak siapa yang tahu,
Kisah hidupnya tak siapa yang peduli,
Anugerahnya cukup sekadar ucapan “Terima Kasih”…

Kerana Dia Selebriti,
Jasanya disampaikan untuk pengetahuan generasi muda,
Kisah hidupnya disiarkan dikaca television,
Anugerahnya bermacam-macam sampai penuh satu rumah…..




->Tanda-tanda akhir zaman sudah didepan mata wahai saudara seagamaku sekalian…Ulamak pewaris Ilmu Nabi menjadi hina pada pandangan mata masyarakat, tetapi golongan artis, selebriti merupakan golongan yang mulia….

Dari Sahal bin Sa'ad Al-Sa'idi, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ya Allah!, Janganlah Engkau pertemukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat), dengan suatu zaman yang mana pada zaman itu ulama tidak diikuti lagi dan orang penyantun tidak diikuti lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (tentang fasiqnya) dan lidah mereka seperti lidah orang Arab (tentang fasihnya)"
(HR. Ahmad)


Sesungguhnya Ulamak itu merupakan pewaris Ilmu Nabi...

"Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, Allah memperjalankannya di atas salah satu jalan surga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap mereka karena ridha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya seorang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dasar lautan. Sesungguhnya keutamaan seorang alim atas seorang abid (ahli ibadah) seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian yang besar." (HR Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibn Hibban).


Tanda kita cinta Allah, ialah kita cinta Pada Rasullullah..tanda kita mencintai Rasulullah ialah kita mencintai Ulamak.....<-

Wallahualam..

Wednesday, April 27, 2011

Aku Dan Pulau



Assalamualaikum......
Pejam celik, pejam celik...dah setahun berlalu, kini aku dan rakan2 Program Dua Tahun(PDT) yang lain akan masuk ke Program Satu Tahun(PST)...terlalu banyak kenangan suka dan duka kami tempuhi bersama, bukan sahaja dengan rakan PDT, tapi juga dengan rakan-rakan PST..tiada air, tandas takda lampu, cafe tutup, kena denda dengan FAKE FELO..macam-macam..sangat seronok kalau diingat semula..(bbeerrrr..padahal, punya men sengsara menempuh hari2 tu..teutama takda air..)...

Mula-mula sampai dulu, aku terkejut...bukan kerana kecantikan lanskap KML, tapi........tiada air..."Allah, macam mana aku mau mandi ni???", "mati la, abis la kalu sakit perut..eeeee..."..berbagai2 soalan menerjah masuk ke dalam kepala otakku ni..rasa nak balik, nak quit, nak teruskan form 6 pun ada...tapi tak apa, aku kuatkan hati aku..bermonolong sendiri memberikan motivasi kepada diri aku sendiri....kejap ja ni, nanti ada la....syukur aku diberikan roomate yang sangat2 prihatin dan banyak membantuku membiasakan diri dengan keadaan serba daif di KML tu...terima kasih Faiz Syafiq Liasmat dan Kamis Bahruddin..tanpa bantuan kamu dua orang..mungkin aku 2 minggu ja berada di KML tu...

3 mingu pertama aku di KML sangat2 memeritkan, bayangkan..plajar ambilan kedua PDT, masuk2 ja terus kuiz...free2 aku dapat markah 0 untuk fizik..."balik, balik..aku mau balik..peduli la..ambil jalah form 6 tu..sama ja pun aliran sains", ayat2 yang keluar ketika aku bermonolog sendirian...memang satu kejutan buatku yang tak pernah tinggal sorang2, hidup uruskan diri sendiri 100% tanpa ada bantuan ibu bapaku...memang payah..tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bersangka baik dengan takdir Allah, kini aku telah berjaya melepasi halangan pertama yang melayakkan aku untuk masuk ke peringkat seterusnya..PST here I come!!!!...Moga Allah memudahkan urusan aku dan sahabat lain....

Kenangan PDT!!!
Program Sembelihan...

Ni Nama dia Azizi Adzhar, asal Sibu Sarawak..ketua B1T5...










Sambutan Berbuka Puasa Satu KML




Rumah Terbuka Muzium Chimney, Raya 2010..






Sambutan Raya Satu KML 2010


Tuesday, April 26, 2011

Bila Allah Memilihmu...




Assalamualaikum...alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat yang diberikan kepada kita tanpa perlu dibayar dengan wang ringgit..al maklum la, sekarang ni, nak masuk tandas pun dah nak kena bayar RM0.50 dan keatas..Subhanallah!!..maha suci Allah, tidak meminta apa-apa bayaran pun kepada kita untuk tinggal dibumi-NYA ini,selain menggunakan segala sumber yang ada dan melakukan segala macam pekerjaan, everything is free..yang penting mengabdikan diri/beribadah kepada-NYA(Az-Zariyat51:56)..so para pembaca sekalian, mari kita muhasabah diri kita baik-baik, apa sebenarnya status kita dimuka bumi ni, adakah kita ni pemiliknya atau sekadar peminjam?????...bak kata nabil, "LU PIKIR LA SENDIRI!!"..

Untuk post kali ni, ana ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada adik-adik ajk KRU yang telah berjaya melaksanakan satu lagi program Islamik yang bertemakan "AKIDAH-BACK TO THE BASIC"...program singkat yang berlansung selama dua hari satu malam ini ana rasakan telah memberikan seribu satu kenangan manis buat para peserta mahupun AJK program...tahniah adik-adik, moga kalian terus istiqomah dalam perjuangan dakwah di bumi Sabah ini..

Tidak lupa juga buat pimpinan baru KRU Cawangan Kota Kinabalu sesi 2011/2012 yang baru dilantik(24 April 2011), tahniah kerana dipilih Allah untuk memimpin satu organisasi yang membawa perjuangan menyebarkan agama Islam dimuka bumi-NYA ini..sesungguhnya kalian adalah orang yang memang sebenar-benarnya ikhlas dalam perjuangan ini..masakan tidak, dalam berjuta remaja di bumi Sabah ini, hanya kalian sahaja, 26 hati yang dipilih Allah untuk melaksanakan satu tanggungjawab yang besar tersebut...hanya kalian sahaja yang mempunyai kekuatan yang luar biasa yang mungkin tidak ada pada yang lain..moga kalian terus kuat, tabah dan Istiqomah dalam medan yang menjanjikan seribu satu kepahitan dan kesengsaraan ini...:)

Jangan takut dulu adik-adik, memang sudah menjadi kebiasaan dalan kehidupan bila kita mengkehendakkan sesuatu yang terbaik, harganya tidak murah dan memerlukan kita berbelanja besar untuk mendapatkannya...begitu juga dengan kepahitan dan kesengsaraan yang bakal kalian hadapi, ia adalah satu bentuk bayaran untuk mendapatkan SYURGA-NYA kelak...ana yakin, kalian boleh dan lebih baik dari sebelumnya..teruskan perjuangan KRU wahai pimpinan baru yang dipimpin oleh saudara Azmeer Zainuddin...doa ana sntiasa mengiringi kalian...ana gembira dan mampu tersenyum melihat adik-adik junior ana kini menjadi pimpinan KRU, abg doakan adik-adik terus maju kehadapan dalam menegakkan kalimah Allag di bumi Sabah ini..mari kita berjuang bersama!!..sekian..


Kenangan Manis Kau dan Aku.....
Mantan Pengerusi menyerahkan Fail Pengerusi kepada Pengerusi baru saudara Azmeer Zainuddin

Hijau: Begini ka caranya ni bos
Biru: Betul la tu..
Maroon: Jangan kau bercakap..termasuk air liurmu


Aksi Jejaka Dapur..


Gelagat AJK&Peserta


Aktiviti..



Ni penghulu Program kali ni..Bro Nazrin Ismail A.K.A. Big Guy


Penolong Penghulu, Adik Joel Jonathan..

Monday, April 11, 2011

Sipitang Mengajarku..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat-NYA yang tidak pernah putus-putus mencurah untuk kita hamba yang selalu lalai daripada tugas kita untuk beribadah kepada-NYA...dan bersyukur kita kerana sehingga kesaat ini kita masih hidup sebagai seorang yang beragama Islam..Allah masih tetapkan hati kita untuk terus percaya dan beriman kepada-NYA dan Rasul-NYA Muhammad Bin Abdullah..sungguh pembaca sekalian, kalau Allah mengkehendaki kita sesat pasti kita akan disesatkan oleh Allah(Al-An'am:125)..tapi diatas rahmat dan kasih sayang-NYA, walau setinggi mana dosa kita, Allah tetap memberikan peluang pada kita untuk terus berada dalam agama-NYA dan bertaubat kepada-NYA..peringatan untuk dri penulis dan para pembaca sekalian..gunakan masa yang ada untuk ubah diri menjadi seorang hamba yang baik...

insyaAllah, untuk post pada kali ini ana akan menceritakan perjalanan program "PEMANTAPAN AQIDAH-Perbandingan Agama Antara Islam dan Kristian" yang berlansung selama dua hari satu malam yang diadakan di Masjid Hj Hasyim Sipitang..program hasil kerjasama antara JHEAINS cawangan Sipitang, Persatuan Ulama Sabah(PUS) dan Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang(KRU'S) berjaya membawa seramai hampir 50 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan yang rata-ratanya pelajar tingkatan 3-6 daripada tiga buah sekolah di Sipitang, Sekolah Menengah Pangiran Omar 1 dan 2 dan Sekolah Menengah Padang Berampah..

Program bermula seawal pukul 7.00 Pagi dengan pendaftaran peserta, kemudian diikuti dengan taklimat daripada AJK program dan seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dasar Pertama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman yang bertajuk "Islam dan Al Quran", pengisiannya adalah Sejarah Penulisan Al Quran dan sedikit berkaitan Al Quran dan Sains..makanan ringan seterusnya dihidangkan untuk peserta sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan iaitu Latihan dalam kumpulan satu.. Kuliah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Arbain Syawal yang bertajuk "Mukjizat Al Quran"..

Selesai solat fardhu Zohor secara berjamaah, peserta kemudiannya menjamu makanan tengah hari yang disediakan penganjur program, sedap, halal dan baik..:)..."Agama Samawi", tajuk Kuliah ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Hamir Hamzah Jafar..pengisian menceritakan mengenai maksud agama samawi, dan sedikit mengenai agama Kristian dan kitabnya iaitu Bible dan penceramah juga menyelitkan mengenai cara-cara mengunakan Bible kepada peserta..seterusnya selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar, Latihan Dalam Kumpulan dijalankan untuk melihatkan kepada adik-adik peserta isi yang terdapat dalam kitab Bible yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian...
Malam kemuncak aktiviti diisi dengan ceramah perdana yang bertajuk "Islam Menawan Hatiku" yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nicholas Sylvester..beliau berasal daripada keluarga yang kuat dalam pegangan agama iaitu Kristian dan pernah dilantik menjadi Soldiers Of Jesus Christ oleh pihak gereja
..beliau telah memluk agama Islam sewaktu menuntut di Amerika Syarikat pada 13 Januari 1985, sejak daripada itu beliau giat menambahkan ilmunya berkenaan agama Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam..

Keesokkan paginya, hari adik-adik peserta dimulakan dengan berqiamullail dan solat fardhu subuh..selepas itu Latihan dalam kumpulan yang ketiga diadakan untuk memberikan kefahaman konsep Dosa Warisan yang di imani oleh penganut Kristian dan Kronologi penciptaan alam ini yang terdapat dalam bible(Kejadian 1;1-28) dengan sains yang telah di persoalkan oleh Dr Morice dalam bukunya Al Quran, Bible dan Sains..
Selepas Sarapan pagi, minda adik-adik peserta diisi dengan Kuliah terakhir yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Hj. Nicholas Sylvester yang bertajuk " Islam satu Perbandingan"...selesai solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, aktiviti penutup diadakan antara penganjur dan peserta...

Moga dengan terlaksananya program ini, mampu menambahkan lagi keyakinan para peserta tentang agama Islam, sesungguhnya agama yang satu2nya Allah redhai adalah Islam..(Ali Imran:19)
Moga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada agama-NYA dan sekali gus mati sebagai seorang Islam...

Memori Sipitang....
ISLAM MENAWAN HATIKU

Ustaz Hamir memberikan pengisian...


Telatah AJK

Penulis bersama Tn HJ Nicholas Sylvester

Seorang peserta yang baru memeluk agama Islam, Fara Jane.


(P/s: Terima kasih kepada Ustaz Hamir yang membawa ana mengikuti program ini, kepada sahabat KRU sipitang jutaan ucapan terima kasih ana ucapkan kepada kalian diatas layanan baik yang yang kalian berikan pada ana, terharu ana, rasa sangat2 dihargai dan malu..semoga jasa baik kalian dibalas Allah dengan Syurga-NYA diakhirat kelak..kepada Ustaz Hj Nicholas, ustaz adalah seorang insan yang membanggakan buat ana, dari jauh datang walau sibuk, tetap memberikan yang terbaik...sepatutnya orang MELAYU@beragama Islam berasa malu dengan Ustaz yang tak pernah kenal erti penat dan sentiasa semangat dalam menjalankan dakwah..moga Allah membalas usaha ustaz dengan kemudahan didunia dan akhirat dan Syurga-NYA..aminn)