Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Tuesday, September 14, 2010

Anggota Baru



Assalamualaikum....alhamdulillah, tiada kata dan lafaz yang lebih layak untuk diucap dan ditaip melainkan kalimat2 kesyukuran kehadrat-NYA, sang Khalik. Kerana, diatas kemurahan dan keizinan daripada-NYA kita masih mampu bernafas, hidup di muka bumi yang maha esa ini dan masih lagi berpegang kepada kalimah yang InsyaAllah mampu membawa kita menuju ke syurga-NYA kelak..selawat dan salam buat junjunan Rasul S.A.W. diatas usaha keras baginda menyampaikan kalimah Allah sehingga kita mampu mengenal Islam pada hari ini, juga kepada para sahabat baginda, dan seterusnya pejuang2 Islam yang tidak pernah lelah dan bosan untuk menyampaikan ajaran Islam yang indah dan maha benar..
..sejak sekian lama menyepi, akhirnya penulis diberikan peluang untuk log in dan sekali gus memberikan post terbaru kepada para pembaca sekalian...untuk post pada kali ini ana ingin mengkhabarkan satu berita gembira yang bukan sahaja mengembirakan diri ana dan keluarga, tetapi, ianya satu kegembiraan yang patut dikongsi dan dirasakan oleh seluruh umat Islam di dunia ini....

Tangal ke-6 dalam bulan Julai tahun 2010, bertempat di Hospital Besar Likas, lahir la si dia yang comel ke muka bumi ini dengan izin yang Maha Kuasa...fuhh..memang lega dan gembira la bila mendapat berita tentang kelahiran ahli baru dalam keluarga Haji Majid ni...dan ana pun secara rasminya naik taraf menjadi UNCLE...Yeah!..bersykur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kak ana dan mengurniakan kepada dia dan suaminya seorang anak yang cukup sifat dan normal...nama diberi sangat cantik...Mohammad Nuryan Asyraf Bin Bungsu..bila ana tnya kak ana nama ni di ilhamkan dari mana, kak ana selemba jawab, "nama Asyraf tu nama salah seorang peserta program realiti 'Imam Muda', nama ni merupakan doa buat kami agar anak ni nanti jadi orang yang baik2"....InsyaAllah, ana mendoakan semoga doa itu dimakbulkan-NYA...
.....
k lah itu sahaja yang ana mampu coretkan buat malam ini..tidak banyak yang ana mampu ceritakan memandangkan umurnya baru mencecah dua bulan lebih..dan terus terang ana katakan memang comel...ehehehehehehehehehehehehe...so untuk tatapan dan bahan bukti untuk para pembaca ana akan postkan skali gambarnya.......
saksikanlah.........










...itu saja dari ana....sekian..wassalam...