Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, November 7, 2010

PERPIS CAMP



Assalamualaikum....

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana masih mengizinkan ana untuk terus hidup di bumi-NYA hingga ke saat ini...pertama-tama sekali, suka ana untuk memulakan penulisan dengan selawat keatas junjungan Muhammad S.A.W. yang telah berjuang sehinggga ke hembusan nafas baginda yang terakhir bagi memastikan Islam sampai kepada kita..tidak lupa juga buat ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan pejuang2 Islam yang lain, yang tidak jemu ataupun lokek/kedekut untuk menyampaikan ilmu Allah sehingga kita mamapu mengenal Allah sebagai tuhan seantero alam, siapa dia Muhammad bin Abdullah, dan apakah dia agama Islam.

Alhamdulillah, Allah mengubati rindu ana kepada sekolah, guru, dan PERPIS (Persatuan Pelajar Islam Sekolah) dengan mengizinkan ana untuk berprogram bersama2 mereka didalam satu program "PERPIS CAMP"...Program yang diadakan pada tanggal 6 November 2010 ini sangat bermakna buat ana, kerinduan yang selama ini dirasa terubat pada hari tersebut...sekali lagi syukur ana panjatkan buat Al Khalik, yang memahami apa yang tersimpan didalam dada setiap hamba-NYA..

Program ini ana jadikan sebagai kayu pengukur bagi melihat sejauh mana peningkatan prestasi badan organisasi PERPIS dan gerak kerja ahli jawatan kuasanya, dan syukur ke hadrat ilahi...peningkatan yang ketara mampu dilihat dengan kejayaan program tersebut..ana difahamkan program yang diadakan tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak sekolah, dan mereka, adik2 jawatan kuasa PERPIS menggunakan duit yang mereka kumpul bersama...kagum, itulah reaksi ana bila mendengarkan berita itu...walaupun program yang diadakan agak sederhana, tetapi boleh ana katakan perjalanan program pada hari itu lancar dan tidak menghadapi banyak masalah seperti program2 sebelum ini, makan dan minum para peserta cukup juga pengisian yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Program dijalankan dengan objektif untuk mendidik adik2 pelapis untuk pimpinan PERPIS tahun hadapan...mereka didedahkan tentang kepentingan menjaga amanah sebagai hamba Allah, juga sebaga ahli PERPIS, dengan pengisian yang bertajuk "AMANAH" yang disampaikan oleh alumnai, mantan presiden PERPIS sesi 2009..juga mereka diuji dari segi keberanian dalam memberikan pendapat dan ilmu dalam aktiviti forum dan pidato..syabas dan tahniah ana ucapkan kepada adik2 diatas keberanian anda dalam aktiviti tersebut..aktiviti terakhir program tersebut adalah sesi pembubaran saf pimpinan sesi 2010 dan pembentukan semula fas pimpinan bagi sesi 2011..
dan tahniah ana ucapkan buat adik Arafat (Presiden PERPIS sesi 2011) dan adik Ezati Bustam (Naib Presiden PERPIS sesi 2011) kerana dipilih Allah untuk mengetuai satu badan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menegakkan kalimah tauhid disekolah SMK Tobobon..ana doakan moga kalian dan saf pimpinan yang lain mampu menjalankan amanah yang telah diperturunkan keada antum dengan sebaik mungkin sesuai dengan tuntutan Allah dan belajar baik2...

wallahualam..moga ada manfaatnya untuk post kali ini..yang baik itu datangnya daripada Allah, jangan pujian untuk post kali ini diberikan untuk ana, tetapi berikanlah pujian itu kepada yang menciptakan ana (Allah S.W.T.)..yang buruk juga datang daripada-NYA, tetapi kelemahan itu disandarkan diatas diri ana yang dhoif, lagi hina ini..dengan tujuan, untuk menunjukkan kepada manusia sekalian yang kita ini merupakan insan yang lemah, penuh dengan kelemahannya...
wassalam..



Friday, November 5, 2010

Tak Sangka!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian..
Alhamdulillah,
ucapan syukur yang tidak terhingga buat Sang Pencipta yang tidak jemu2 memberikan kita semua nikmat,
sama ada yang terlihat mahupun yang tidak terlihat dimata...
dalam kesenangan ada rahmatnya,
begitu juga dalam kesusahan yang Allah berikan, yakin dan percaya, ada rahmat, hikmah, dan nikmat disebalik setiap apa yg berlaku...
cuma,
disebabkan kita manusia, terlalu sombong, angkuh, dan terlalu lokek dalam bersyukur sehingga kita buta..tidak berupaya untuk melihat kebaikan yg sengaja Allah sorokkan dalam kesusahan yang diberikan-NYA..

"GEDEBUK", terjatuh sikit kita dah mengeluh itu dan ini..tidak terlihat disana bantuan yang cuba Allah berikan, hikmah yang cuba Allah tunjukkan kepada kita..sebenarnya Allah cuba berkata2 kepada kita, cuma, bila sesuatu itu dilihat menggunakan MATA NAFSU dan MATA IMAN diabaikan, tidak terdengan kata2 yang cuba Allah sampaikan...
"lepas ni, hati2 bila berjalan..jng buat benda yang melalaikan, tengok jalan"........
wallahualam..

ehem3...tu intro ja tu..lum masuk kepada isi tajuk...cuma mungkin apa yang ana cuba sampaikan ni berkaitan juga dengan apa yang ana coretkan diatas...
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik...tak sangka, ana dah habiskan satu sem pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2010/2011...
syukur kepada Allah, dengan bantuan daripadaNYA, ana mampu mengharungi kepayahan hidup tanpa ibu bapa disisi...kehidupan disana banyak mengajar ana banyak perkara tentang kehidupan...banyak mendidik dan mengingatkan ana untuk sentiasa berharap kepada Allah, bergantung kepada Allah...Pasti, kalau bukan disebabkan kemurahan-NYA, kasih sayang-NYA..tak sampai seminggu ana disana, memang dah QUIT...
Tapi, itulah kasih sayangnya ALLAH kepada hamba-NYA..tidak dibebankan kepada hamba-NYA sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh hamba yang maha lemah ini...

Pernah terlintas difikiran ana selepas seminggu berada disana untuk berhenti pengajian, nak balik!!....tapi, Alhamdulillah, ditiupkan-NYA semangat buat ana..terkenang ibu bapa dirumah yang punya harapan besar, ingin melihat anak mereka yang bongsu ini berjaya, dan teringat ana pengorbanan mereka yang berbelanja banyak hanya untuk ana seorang...sedih, sebak, syukur..."Alhamdulillah, Engkau ingatkan kepada ku ini semua Ya Allah..andainya Engkau tidak memberikan aku kesedaran, mungkin ibu bapaku berada dalam kekecewaan disebabkan aku, yang terlalu pentingkan diri sendiri, lemah, dan tidak tahu bersyukur..... "

Tanggal 29 Oktober 2010, ana dan sahabat2 Program Dua Tahun Kolej Matrikulasi Labuan, berjaya menamatkan pengajian kami untuk semester satu...satu kelegaan disana...dan gementar..menunggu keputusan yang bakal keluar..."YA Allah berikan yang terbaik buat kami, yang menyejukkan mata memandang, menenangkan hati kami Ya Allah...berikan pula kami kekuatan untuk menempuh semester yang seterusnya, dan permudahkanlah urusan kami ya Allah"

mudah2an yang terbaik untuk kita semua..khasnya buat umat Muhammad..semoga kemenangan buat kita dimasa hadapan...jadikan Allah tempat bergantung, ingat Allah, Allah akan ingat kepada kita..dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang(Ar-Rad 13:28)

moga ada manfaatnya untuk post kali ni..yang baik datang daripada Allah, yang tidak itu juga datangnya daripada Allah, cuma disandarkan diatas diri ana untuk menunjukkan yang manusia ini diciptakan penuh dengan kelemahan dan kekurangan....
sehingga bertemu dilain post..wallahualam....

wassalam.....