Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)
Sunday, May 1, 2011
Kerana dia....
Kerana Dia Ulamak,
Kata-katanya dianggap dusta,
Perbuatannya menghina Agama,
Kuliah agamanya sepi dari sambutan masyarakat….
Kerana Dia Selebriti,
Kata-katanya penuh hikmah,
Perbuatannya dijadikan contoh,
Konsert dan lakonannya mendapat sambutan masyarakat…
Kerana Dia Ulamak,
Pendapatnya diketepikan,
Kehadirannya tidak diinginkan,
Kematiannya dinantikan…
Kerana Dia Selebriti,
Pendapatnya menjadi rujukan ramai,
Kehadirannya sangat diinginkan,
Kematiannya satu kehilangan yang besar…
Kerana Dia Ulamak,
Kereta sendiri menjadi harapannya kesana kemari,
Bayarannya sekadar cukup untuk duit minyak kereta,
Sambutan kedatangannya sekadar laungan salam dari Imam Masjid…
Kerana Dia Selebriti,
Limosin disediakan untuk menjemputnya,
Bayarannya cukup menampungnya selama setahun,
Sambutan kedatangannya penuh sorakan dan pujian….
Kerana Dia Ulamak,
Kezuhudannya dianggap melobi untuk mendapatkan kemahsyuran,
Perjuangannya dianggap memundurkan masyarakat,
Ilmunya dianggap menidakkan segalanya…
Kerana Dia Selebriti,
Kesusahannya menjadi perhatian ramai,
Perjuangannya meningkatkan martabat dunia hiburan Negara,
Ilmunya diguna pakai mengiyakan yang batil…..
Kerana Dia Ulamak,
Jasanya tak siapa yang tahu,
Kisah hidupnya tak siapa yang peduli,
Anugerahnya cukup sekadar ucapan “Terima Kasih”…
Kerana Dia Selebriti,
Jasanya disampaikan untuk pengetahuan generasi muda,
Kisah hidupnya disiarkan dikaca television,
Anugerahnya bermacam-macam sampai penuh satu rumah…..
->Tanda-tanda akhir zaman sudah didepan mata wahai saudara seagamaku sekalian…Ulamak pewaris Ilmu Nabi menjadi hina pada pandangan mata masyarakat, tetapi golongan artis, selebriti merupakan golongan yang mulia….
Dari Sahal bin Sa'ad Al-Sa'idi, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ya Allah!, Janganlah Engkau pertemukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat), dengan suatu zaman yang mana pada zaman itu ulama tidak diikuti lagi dan orang penyantun tidak diikuti lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (tentang fasiqnya) dan lidah mereka seperti lidah orang Arab (tentang fasihnya)"
(HR. Ahmad)
Sesungguhnya Ulamak itu merupakan pewaris Ilmu Nabi...
"Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, Allah memperjalankannya di atas salah satu jalan surga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap mereka karena ridha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya seorang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dasar lautan. Sesungguhnya keutamaan seorang alim atas seorang abid (ahli ibadah) seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian yang besar." (HR Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibn Hibban).
Tanda kita cinta Allah, ialah kita cinta Pada Rasullullah..tanda kita mencintai Rasulullah ialah kita mencintai Ulamak.....<-
Wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment