Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Monday, April 11, 2011

Sipitang Mengajarku..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat-NYA yang tidak pernah putus-putus mencurah untuk kita hamba yang selalu lalai daripada tugas kita untuk beribadah kepada-NYA...dan bersyukur kita kerana sehingga kesaat ini kita masih hidup sebagai seorang yang beragama Islam..Allah masih tetapkan hati kita untuk terus percaya dan beriman kepada-NYA dan Rasul-NYA Muhammad Bin Abdullah..sungguh pembaca sekalian, kalau Allah mengkehendaki kita sesat pasti kita akan disesatkan oleh Allah(Al-An'am:125)..tapi diatas rahmat dan kasih sayang-NYA, walau setinggi mana dosa kita, Allah tetap memberikan peluang pada kita untuk terus berada dalam agama-NYA dan bertaubat kepada-NYA..peringatan untuk dri penulis dan para pembaca sekalian..gunakan masa yang ada untuk ubah diri menjadi seorang hamba yang baik...

insyaAllah, untuk post pada kali ini ana akan menceritakan perjalanan program "PEMANTAPAN AQIDAH-Perbandingan Agama Antara Islam dan Kristian" yang berlansung selama dua hari satu malam yang diadakan di Masjid Hj Hasyim Sipitang..program hasil kerjasama antara JHEAINS cawangan Sipitang, Persatuan Ulama Sabah(PUS) dan Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang(KRU'S) berjaya membawa seramai hampir 50 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan yang rata-ratanya pelajar tingkatan 3-6 daripada tiga buah sekolah di Sipitang, Sekolah Menengah Pangiran Omar 1 dan 2 dan Sekolah Menengah Padang Berampah..

Program bermula seawal pukul 7.00 Pagi dengan pendaftaran peserta, kemudian diikuti dengan taklimat daripada AJK program dan seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dasar Pertama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman yang bertajuk "Islam dan Al Quran", pengisiannya adalah Sejarah Penulisan Al Quran dan sedikit berkaitan Al Quran dan Sains..makanan ringan seterusnya dihidangkan untuk peserta sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan iaitu Latihan dalam kumpulan satu.. Kuliah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Arbain Syawal yang bertajuk "Mukjizat Al Quran"..

Selesai solat fardhu Zohor secara berjamaah, peserta kemudiannya menjamu makanan tengah hari yang disediakan penganjur program, sedap, halal dan baik..:)..."Agama Samawi", tajuk Kuliah ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Hamir Hamzah Jafar..pengisian menceritakan mengenai maksud agama samawi, dan sedikit mengenai agama Kristian dan kitabnya iaitu Bible dan penceramah juga menyelitkan mengenai cara-cara mengunakan Bible kepada peserta..seterusnya selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar, Latihan Dalam Kumpulan dijalankan untuk melihatkan kepada adik-adik peserta isi yang terdapat dalam kitab Bible yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian...
Malam kemuncak aktiviti diisi dengan ceramah perdana yang bertajuk "Islam Menawan Hatiku" yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nicholas Sylvester..beliau berasal daripada keluarga yang kuat dalam pegangan agama iaitu Kristian dan pernah dilantik menjadi Soldiers Of Jesus Christ oleh pihak gereja
..beliau telah memluk agama Islam sewaktu menuntut di Amerika Syarikat pada 13 Januari 1985, sejak daripada itu beliau giat menambahkan ilmunya berkenaan agama Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam..

Keesokkan paginya, hari adik-adik peserta dimulakan dengan berqiamullail dan solat fardhu subuh..selepas itu Latihan dalam kumpulan yang ketiga diadakan untuk memberikan kefahaman konsep Dosa Warisan yang di imani oleh penganut Kristian dan Kronologi penciptaan alam ini yang terdapat dalam bible(Kejadian 1;1-28) dengan sains yang telah di persoalkan oleh Dr Morice dalam bukunya Al Quran, Bible dan Sains..
Selepas Sarapan pagi, minda adik-adik peserta diisi dengan Kuliah terakhir yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Hj. Nicholas Sylvester yang bertajuk " Islam satu Perbandingan"...selesai solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, aktiviti penutup diadakan antara penganjur dan peserta...

Moga dengan terlaksananya program ini, mampu menambahkan lagi keyakinan para peserta tentang agama Islam, sesungguhnya agama yang satu2nya Allah redhai adalah Islam..(Ali Imran:19)
Moga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada agama-NYA dan sekali gus mati sebagai seorang Islam...

Memori Sipitang....
ISLAM MENAWAN HATIKU

Ustaz Hamir memberikan pengisian...


Telatah AJK

Penulis bersama Tn HJ Nicholas Sylvester

Seorang peserta yang baru memeluk agama Islam, Fara Jane.


(P/s: Terima kasih kepada Ustaz Hamir yang membawa ana mengikuti program ini, kepada sahabat KRU sipitang jutaan ucapan terima kasih ana ucapkan kepada kalian diatas layanan baik yang yang kalian berikan pada ana, terharu ana, rasa sangat2 dihargai dan malu..semoga jasa baik kalian dibalas Allah dengan Syurga-NYA diakhirat kelak..kepada Ustaz Hj Nicholas, ustaz adalah seorang insan yang membanggakan buat ana, dari jauh datang walau sibuk, tetap memberikan yang terbaik...sepatutnya orang MELAYU@beragama Islam berasa malu dengan Ustaz yang tak pernah kenal erti penat dan sentiasa semangat dalam menjalankan dakwah..moga Allah membalas usaha ustaz dengan kemudahan didunia dan akhirat dan Syurga-NYA..aminn)

2 comments:

  1. good2, nice work!
    keep it up bro :)
    kkak pun ada post psl sipitang.
    suka2 ^^

    http://yuyushira.blogspot.com/2011/01/berhujung-minggu-di-sipitang.html

    ReplyDelete
  2. subhanallah akh... mga terus melaksanakan usaha2 ntm... mhon doakan untuk ana istiqamah n dtguhkan hti kembangkan syiar ini jga...

    ReplyDelete