Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Sunday, November 7, 2010

PERPIS CAMP



Assalamualaikum....

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana masih mengizinkan ana untuk terus hidup di bumi-NYA hingga ke saat ini...pertama-tama sekali, suka ana untuk memulakan penulisan dengan selawat keatas junjungan Muhammad S.A.W. yang telah berjuang sehinggga ke hembusan nafas baginda yang terakhir bagi memastikan Islam sampai kepada kita..tidak lupa juga buat ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan pejuang2 Islam yang lain, yang tidak jemu ataupun lokek/kedekut untuk menyampaikan ilmu Allah sehingga kita mamapu mengenal Allah sebagai tuhan seantero alam, siapa dia Muhammad bin Abdullah, dan apakah dia agama Islam.

Alhamdulillah, Allah mengubati rindu ana kepada sekolah, guru, dan PERPIS (Persatuan Pelajar Islam Sekolah) dengan mengizinkan ana untuk berprogram bersama2 mereka didalam satu program "PERPIS CAMP"...Program yang diadakan pada tanggal 6 November 2010 ini sangat bermakna buat ana, kerinduan yang selama ini dirasa terubat pada hari tersebut...sekali lagi syukur ana panjatkan buat Al Khalik, yang memahami apa yang tersimpan didalam dada setiap hamba-NYA..

Program ini ana jadikan sebagai kayu pengukur bagi melihat sejauh mana peningkatan prestasi badan organisasi PERPIS dan gerak kerja ahli jawatan kuasanya, dan syukur ke hadrat ilahi...peningkatan yang ketara mampu dilihat dengan kejayaan program tersebut..ana difahamkan program yang diadakan tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak sekolah, dan mereka, adik2 jawatan kuasa PERPIS menggunakan duit yang mereka kumpul bersama...kagum, itulah reaksi ana bila mendengarkan berita itu...walaupun program yang diadakan agak sederhana, tetapi boleh ana katakan perjalanan program pada hari itu lancar dan tidak menghadapi banyak masalah seperti program2 sebelum ini, makan dan minum para peserta cukup juga pengisian yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Program dijalankan dengan objektif untuk mendidik adik2 pelapis untuk pimpinan PERPIS tahun hadapan...mereka didedahkan tentang kepentingan menjaga amanah sebagai hamba Allah, juga sebaga ahli PERPIS, dengan pengisian yang bertajuk "AMANAH" yang disampaikan oleh alumnai, mantan presiden PERPIS sesi 2009..juga mereka diuji dari segi keberanian dalam memberikan pendapat dan ilmu dalam aktiviti forum dan pidato..syabas dan tahniah ana ucapkan kepada adik2 diatas keberanian anda dalam aktiviti tersebut..aktiviti terakhir program tersebut adalah sesi pembubaran saf pimpinan sesi 2010 dan pembentukan semula fas pimpinan bagi sesi 2011..
dan tahniah ana ucapkan buat adik Arafat (Presiden PERPIS sesi 2011) dan adik Ezati Bustam (Naib Presiden PERPIS sesi 2011) kerana dipilih Allah untuk mengetuai satu badan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menegakkan kalimah tauhid disekolah SMK Tobobon..ana doakan moga kalian dan saf pimpinan yang lain mampu menjalankan amanah yang telah diperturunkan keada antum dengan sebaik mungkin sesuai dengan tuntutan Allah dan belajar baik2...

wallahualam..moga ada manfaatnya untuk post kali ini..yang baik itu datangnya daripada Allah, jangan pujian untuk post kali ini diberikan untuk ana, tetapi berikanlah pujian itu kepada yang menciptakan ana (Allah S.W.T.)..yang buruk juga datang daripada-NYA, tetapi kelemahan itu disandarkan diatas diri ana yang dhoif, lagi hina ini..dengan tujuan, untuk menunjukkan kepada manusia sekalian yang kita ini merupakan insan yang lemah, penuh dengan kelemahannya...
wassalam..



No comments:

Post a Comment