Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Sekarang (Kota Kinabalu, Sabah)

Wednesday, April 27, 2011

Aku Dan Pulau



Assalamualaikum......
Pejam celik, pejam celik...dah setahun berlalu, kini aku dan rakan2 Program Dua Tahun(PDT) yang lain akan masuk ke Program Satu Tahun(PST)...terlalu banyak kenangan suka dan duka kami tempuhi bersama, bukan sahaja dengan rakan PDT, tapi juga dengan rakan-rakan PST..tiada air, tandas takda lampu, cafe tutup, kena denda dengan FAKE FELO..macam-macam..sangat seronok kalau diingat semula..(bbeerrrr..padahal, punya men sengsara menempuh hari2 tu..teutama takda air..)...

Mula-mula sampai dulu, aku terkejut...bukan kerana kecantikan lanskap KML, tapi........tiada air..."Allah, macam mana aku mau mandi ni???", "mati la, abis la kalu sakit perut..eeeee..."..berbagai2 soalan menerjah masuk ke dalam kepala otakku ni..rasa nak balik, nak quit, nak teruskan form 6 pun ada...tapi tak apa, aku kuatkan hati aku..bermonolong sendiri memberikan motivasi kepada diri aku sendiri....kejap ja ni, nanti ada la....syukur aku diberikan roomate yang sangat2 prihatin dan banyak membantuku membiasakan diri dengan keadaan serba daif di KML tu...terima kasih Faiz Syafiq Liasmat dan Kamis Bahruddin..tanpa bantuan kamu dua orang..mungkin aku 2 minggu ja berada di KML tu...

3 mingu pertama aku di KML sangat2 memeritkan, bayangkan..plajar ambilan kedua PDT, masuk2 ja terus kuiz...free2 aku dapat markah 0 untuk fizik..."balik, balik..aku mau balik..peduli la..ambil jalah form 6 tu..sama ja pun aliran sains", ayat2 yang keluar ketika aku bermonolog sendirian...memang satu kejutan buatku yang tak pernah tinggal sorang2, hidup uruskan diri sendiri 100% tanpa ada bantuan ibu bapaku...memang payah..tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bersangka baik dengan takdir Allah, kini aku telah berjaya melepasi halangan pertama yang melayakkan aku untuk masuk ke peringkat seterusnya..PST here I come!!!!...Moga Allah memudahkan urusan aku dan sahabat lain....

Kenangan PDT!!!
Program Sembelihan...

Ni Nama dia Azizi Adzhar, asal Sibu Sarawak..ketua B1T5...










Sambutan Berbuka Puasa Satu KML




Rumah Terbuka Muzium Chimney, Raya 2010..






Sambutan Raya Satu KML 2010


Tuesday, April 26, 2011

Bila Allah Memilihmu...




Assalamualaikum...alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat yang diberikan kepada kita tanpa perlu dibayar dengan wang ringgit..al maklum la, sekarang ni, nak masuk tandas pun dah nak kena bayar RM0.50 dan keatas..Subhanallah!!..maha suci Allah, tidak meminta apa-apa bayaran pun kepada kita untuk tinggal dibumi-NYA ini,selain menggunakan segala sumber yang ada dan melakukan segala macam pekerjaan, everything is free..yang penting mengabdikan diri/beribadah kepada-NYA(Az-Zariyat51:56)..so para pembaca sekalian, mari kita muhasabah diri kita baik-baik, apa sebenarnya status kita dimuka bumi ni, adakah kita ni pemiliknya atau sekadar peminjam?????...bak kata nabil, "LU PIKIR LA SENDIRI!!"..

Untuk post kali ni, ana ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada adik-adik ajk KRU yang telah berjaya melaksanakan satu lagi program Islamik yang bertemakan "AKIDAH-BACK TO THE BASIC"...program singkat yang berlansung selama dua hari satu malam ini ana rasakan telah memberikan seribu satu kenangan manis buat para peserta mahupun AJK program...tahniah adik-adik, moga kalian terus istiqomah dalam perjuangan dakwah di bumi Sabah ini..

Tidak lupa juga buat pimpinan baru KRU Cawangan Kota Kinabalu sesi 2011/2012 yang baru dilantik(24 April 2011), tahniah kerana dipilih Allah untuk memimpin satu organisasi yang membawa perjuangan menyebarkan agama Islam dimuka bumi-NYA ini..sesungguhnya kalian adalah orang yang memang sebenar-benarnya ikhlas dalam perjuangan ini..masakan tidak, dalam berjuta remaja di bumi Sabah ini, hanya kalian sahaja, 26 hati yang dipilih Allah untuk melaksanakan satu tanggungjawab yang besar tersebut...hanya kalian sahaja yang mempunyai kekuatan yang luar biasa yang mungkin tidak ada pada yang lain..moga kalian terus kuat, tabah dan Istiqomah dalam medan yang menjanjikan seribu satu kepahitan dan kesengsaraan ini...:)

Jangan takut dulu adik-adik, memang sudah menjadi kebiasaan dalan kehidupan bila kita mengkehendakkan sesuatu yang terbaik, harganya tidak murah dan memerlukan kita berbelanja besar untuk mendapatkannya...begitu juga dengan kepahitan dan kesengsaraan yang bakal kalian hadapi, ia adalah satu bentuk bayaran untuk mendapatkan SYURGA-NYA kelak...ana yakin, kalian boleh dan lebih baik dari sebelumnya..teruskan perjuangan KRU wahai pimpinan baru yang dipimpin oleh saudara Azmeer Zainuddin...doa ana sntiasa mengiringi kalian...ana gembira dan mampu tersenyum melihat adik-adik junior ana kini menjadi pimpinan KRU, abg doakan adik-adik terus maju kehadapan dalam menegakkan kalimah Allag di bumi Sabah ini..mari kita berjuang bersama!!..sekian..


Kenangan Manis Kau dan Aku.....
Mantan Pengerusi menyerahkan Fail Pengerusi kepada Pengerusi baru saudara Azmeer Zainuddin

Hijau: Begini ka caranya ni bos
Biru: Betul la tu..
Maroon: Jangan kau bercakap..termasuk air liurmu


Aksi Jejaka Dapur..


Gelagat AJK&Peserta


Aktiviti..



Ni penghulu Program kali ni..Bro Nazrin Ismail A.K.A. Big Guy


Penolong Penghulu, Adik Joel Jonathan..

Monday, April 11, 2011

Sipitang Mengajarku..



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. diatas nikmat-NYA yang tidak pernah putus-putus mencurah untuk kita hamba yang selalu lalai daripada tugas kita untuk beribadah kepada-NYA...dan bersyukur kita kerana sehingga kesaat ini kita masih hidup sebagai seorang yang beragama Islam..Allah masih tetapkan hati kita untuk terus percaya dan beriman kepada-NYA dan Rasul-NYA Muhammad Bin Abdullah..sungguh pembaca sekalian, kalau Allah mengkehendaki kita sesat pasti kita akan disesatkan oleh Allah(Al-An'am:125)..tapi diatas rahmat dan kasih sayang-NYA, walau setinggi mana dosa kita, Allah tetap memberikan peluang pada kita untuk terus berada dalam agama-NYA dan bertaubat kepada-NYA..peringatan untuk dri penulis dan para pembaca sekalian..gunakan masa yang ada untuk ubah diri menjadi seorang hamba yang baik...

insyaAllah, untuk post pada kali ini ana akan menceritakan perjalanan program "PEMANTAPAN AQIDAH-Perbandingan Agama Antara Islam dan Kristian" yang berlansung selama dua hari satu malam yang diadakan di Masjid Hj Hasyim Sipitang..program hasil kerjasama antara JHEAINS cawangan Sipitang, Persatuan Ulama Sabah(PUS) dan Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang(KRU'S) berjaya membawa seramai hampir 50 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan yang rata-ratanya pelajar tingkatan 3-6 daripada tiga buah sekolah di Sipitang, Sekolah Menengah Pangiran Omar 1 dan 2 dan Sekolah Menengah Padang Berampah..

Program bermula seawal pukul 7.00 Pagi dengan pendaftaran peserta, kemudian diikuti dengan taklimat daripada AJK program dan seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dasar Pertama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman yang bertajuk "Islam dan Al Quran", pengisiannya adalah Sejarah Penulisan Al Quran dan sedikit berkaitan Al Quran dan Sains..makanan ringan seterusnya dihidangkan untuk peserta sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan iaitu Latihan dalam kumpulan satu.. Kuliah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Arbain Syawal yang bertajuk "Mukjizat Al Quran"..

Selesai solat fardhu Zohor secara berjamaah, peserta kemudiannya menjamu makanan tengah hari yang disediakan penganjur program, sedap, halal dan baik..:)..."Agama Samawi", tajuk Kuliah ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Hamir Hamzah Jafar..pengisian menceritakan mengenai maksud agama samawi, dan sedikit mengenai agama Kristian dan kitabnya iaitu Bible dan penceramah juga menyelitkan mengenai cara-cara mengunakan Bible kepada peserta..seterusnya selepas selesai menunaikan solat fardhu Asar, Latihan Dalam Kumpulan dijalankan untuk melihatkan kepada adik-adik peserta isi yang terdapat dalam kitab Bible yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian...
Malam kemuncak aktiviti diisi dengan ceramah perdana yang bertajuk "Islam Menawan Hatiku" yang disampaikan oleh Ustaz Hj Nicholas Sylvester..beliau berasal daripada keluarga yang kuat dalam pegangan agama iaitu Kristian dan pernah dilantik menjadi Soldiers Of Jesus Christ oleh pihak gereja
..beliau telah memluk agama Islam sewaktu menuntut di Amerika Syarikat pada 13 Januari 1985, sejak daripada itu beliau giat menambahkan ilmunya berkenaan agama Islam dan berdakwah kepada orang bukan Islam..

Keesokkan paginya, hari adik-adik peserta dimulakan dengan berqiamullail dan solat fardhu subuh..selepas itu Latihan dalam kumpulan yang ketiga diadakan untuk memberikan kefahaman konsep Dosa Warisan yang di imani oleh penganut Kristian dan Kronologi penciptaan alam ini yang terdapat dalam bible(Kejadian 1;1-28) dengan sains yang telah di persoalkan oleh Dr Morice dalam bukunya Al Quran, Bible dan Sains..
Selepas Sarapan pagi, minda adik-adik peserta diisi dengan Kuliah terakhir yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Hj. Nicholas Sylvester yang bertajuk " Islam satu Perbandingan"...selesai solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, aktiviti penutup diadakan antara penganjur dan peserta...

Moga dengan terlaksananya program ini, mampu menambahkan lagi keyakinan para peserta tentang agama Islam, sesungguhnya agama yang satu2nya Allah redhai adalah Islam..(Ali Imran:19)
Moga Allah tetapkan hati-hati kita ini pada agama-NYA dan sekali gus mati sebagai seorang Islam...

Memori Sipitang....
ISLAM MENAWAN HATIKU

Ustaz Hamir memberikan pengisian...


Telatah AJK

Penulis bersama Tn HJ Nicholas Sylvester

Seorang peserta yang baru memeluk agama Islam, Fara Jane.


(P/s: Terima kasih kepada Ustaz Hamir yang membawa ana mengikuti program ini, kepada sahabat KRU sipitang jutaan ucapan terima kasih ana ucapkan kepada kalian diatas layanan baik yang yang kalian berikan pada ana, terharu ana, rasa sangat2 dihargai dan malu..semoga jasa baik kalian dibalas Allah dengan Syurga-NYA diakhirat kelak..kepada Ustaz Hj Nicholas, ustaz adalah seorang insan yang membanggakan buat ana, dari jauh datang walau sibuk, tetap memberikan yang terbaik...sepatutnya orang MELAYU@beragama Islam berasa malu dengan Ustaz yang tak pernah kenal erti penat dan sentiasa semangat dalam menjalankan dakwah..moga Allah membalas usaha ustaz dengan kemudahan didunia dan akhirat dan Syurga-NYA..aminn)